IKLAN

Tuesday 31 July 2012

CARA GUNA OPERA MINI DI PC


 Opera mini adalah pelayar internet yang direka kursus untuk platform handphone dan smartphone. Bermula daripada versi kelima, ia telah mula diperluaskan kepada aplikasi2 lain seperti android, bada, iphone symbian dan Windows mobile.

Opera mini berasal daripada pelayar web opera yang telah mula digunakan di komputer  sejak tahun 1996 lagi. Keperluan dan kemajuan teknologi handphone telah menyebabkan permintaan terhadap pelayar web ini meningkat terutamanya untuk kegunaan gajet yang lebih kecil. Hasil daripada kajian dan pembangunan selama hampir setahun, ia akhirnya dikeluarkan secara rasminya pada 24 Januari 2006.

Saturday 28 July 2012

FENOMENA HARGA HARD DISK

Pada awal tahun 2011, saya telah berkesempatan untuk membuat full upgrade komputer daripada menggunakan CPU celeron yang maha lembab tu kepada 'enjin' yang lebih gagah perkasa iaitu dari AMD Athlon X2 2.7ghz core. Memang terasa la perbezaan nya, bagaikan menukar dari kereta kancil 660 legend kepada Honda Civic type R lagaknya. Bagi penggemar PC games seperti saya, perubahan tu memang dinanti-nanti, kena pulak lepas disumbat dengan Graphic card baru dari ATI Radeon yang power tu..hehehe (ada peminat Geforce ke kat sini?).

Sebenarnya saya bukan nak ceritakan tentang betapa hebatnya pc saya ni, tetapi tentang harga hard disk yang melonjak naik sejak setahun lepas. Jika setahun lepas saya membeli hard disk 1TB dgn harga lebih kurang RM170 je, cuba korang check harganya skrg kat lowyatt ataupun PC Depot, boleh dapat bawah RM200?

Friday 27 July 2012

TRICK YOUTUBE POWER DI PC


Lebih kurang seminggu lepas saya ada membuat post tentang 'trick bbnet di pc' yang mana saya percaya telah melonjakkan jumlah pengunjung di blog ni dengan cara yang mendadak. Selepas dari itu, post-post saya lebih kepada tip atau trick 'suam-suam kuku saja'.
Sepanjang tempoh itu juga saya ada membuat beberapa 'iklan promosi' tentang trick c3lcom panas yang power. Ramai juga la yang bertanya bila saya nak bagi 'buah tangan' tersebut dan ada juga yang bagi cadangan supaya saya lebih low profile sikit. Setelah berfikir panjang, saya telah putuskan untuk terima kedua2 cadangan itu dengan membuat post yang medium profile je..hehe. Bagi blogger baru mcm saya, 'low profile' bukanlah pilihan terbaik.

Thursday 26 July 2012

TIPS JIMATKAN BATERI HANDPHONE ANDROID


Salam satu dunia kepada semua pengunjung blog Brokencircuit yang tak seberapa ni. Dah lama rasanya saya tak buat post baru(3 hari), maklumla terpaksa kerja. Terima kasih juga diucapkan kepada yang memberi komen dan bertanyakan itu dan ini. Saya cuba membalas setakat mana yang termampu dan kalau ada yang masih belum ada balasan tu mungkin saya terlepas pandang, sori.

Saya nak tanya, adakah anda tergolong dikalangan insan yang menggunakan handphone 'robot hijau' ataupun nama glamornya Android? jika begitu, tentu korang mempunyai masalah yang wajib dialami oleh segenap pengguna android ni iaitu masalah bateri cepat habis betul tak?.

Tuesday 24 July 2012

TRICK TEMPOH AKTIF CELCOM SETAHUN


Tengah-tengah malam buta ni tiba-tiba mai seru(rajin) untuk saya menulis beberapa rangkap karangan di post ni. Tajuk post ni saja sebenarnya boleh mendatangkan amarah yang teramat sangat klau pakcik dan makcik Com tau, silap-silap saya boleh kena saman..hahaha.
Mesti ramai yang tertanya-tanya, "lu ni brani mati ka bro?", dan mesti ramai juga yang terlopong sebab tak pernah dengar lagi trik nak memanjangkan hayat tempoh kredit ni. Kat sinisaya nak jelaskan;

Monday 23 July 2012

CARA HANTAR SMS FREE


Ahmad seperti yang diketahui umum adalah kaki hentai. Tapi itu dulu sebelum bulan puasa, sekarang dia dah taubat seketika. Jadi demi menghiburkan hati yang sedang lara, beliau lebih suka menghabiskan masanya berSMS dengan Minah, gadis kilang yang baru dikenalinya tiga minggu lepas. Sedang asyik mengayat..tiba2 terkeluarlah satu bunyi yang kurang menyenangkan dari handphone beliau, bunyi yang menandakan dia terpaksa berkayuh basikal buruknya untuk kekedai bagi 'menopup' handponnya. Tetapi yang menjadi masalahnya, tengah2 malam mana ada kedai bukak. Sekali lagi penduduk kampung menjadi gempar dengan bunyi hilaian dari rumah Ahmad.

Ok, panjang pulak intronya. Seperti yang dijanjikan pada post lepas, kali ini saya akan menunjukkan cara untuk menghantar sms secara percuma. Percuma disini maksudnya korang tak gaduh bayar kat service provider line korang la.

Sebelum mula, korang mestilah mempunyai handset atau komputer

SESI PEMANAS ENJIN



Selepas dua hari tak buat post baru, bila nak start menaip balik dah jadi malas, ibarat kereta yang habis minyak di jalan berbukit di kawasan pendalaman pada malam jumaat. Kena pulak kalau sengsorang je waktu tu, mesti cuak kan. Memang rasa berat je kereta tu sebab kena tolak sengsorang..hehe. Dah melalut pulak posting ni jadinya. Bukan apa, cuma saya nak gambarkan betapa susahnya nk menyambung balik menulis post baru terutamanya bagi pemalas yang baru lepas bukak puasa macam saya ni.

Sebelum tu saya nak berterima kasih dulu kepada sesiapa yang telah meninggalkan komen dan meng'like' (rosak lagi bahasa melayu) post-post sebelum ni. Komen-komen korang sebenarnya banyak membantu dalam menentukan post apa yang paling sesuai dan dicari-cari oleh pelawat seterusnya menentukan halatuju blog ini. Ada baiknya jugak kalau korang meng'share' post-post yang ada di sini untuk dikongsi dengan member2 korang. Kalau korang nak copy paste sebijik pn saya tak kisah tapi mestilah mintak kebenaran dulu dan dikreditkan ke blog ni.

Klau korang perasan, blog ni telah berubah 'wajah' daripada muka Neelofa tanpa mekap kepada Megan Fox dengan mekap..hehehe. Saya sebenarnya baru belajar buat blog, seminggu lepas langsung saya tak tau apa-apa pasal blog ni, so masih banyak la kekurangnya( belajar sendiri je beb, kesian).

lawa la pulak..

 jangan tengok lama2, batal pose nanti

Ok, rasanya dah cukup panas 'enjin' ni, bolehlah tulis post TRICK SMS FREE dengan tenang hati. Psst..bulan posa setan dah kena ikat, yg tinggal cuma orang je. Peace.

Saturday 21 July 2012

RANKING HANDPHONE APRIL 2012



Kalau dalam post-post sebelum ni asyik buat artikel pasal komputer saja, sekarang saya nak buat post tentang handphone pula. Kena la dengan tema blog ni iaitu blog komputer dan handphone. Kali ni kita akan melihar tantang rangking handphone di seluruh dunia sehingga akhir april 2012. Tapi perlu diingat, ini tak bermakna hanya handphone yang dikeluarkan pada tahun 2012 sahaja yang termasuk didalam rangking ini sebab ada juga dari tahun 2011 yang termasuk. Data dari rangking ni saya ambil daripada laman web PCworld.com. 

1) HTC ONE S


TRICK INTERNET FREE GUNA OPERA MINI(UTK MAXIS SHJ)



Sebenarnya trick ni dh lama pn berkeliaran dgn bebasnya di ruang "angkasa raya"ni dan  rasanya memang dah ramai pn yg tau tpi masih ada yg confius ttg cara nk buat dgn btul dan tak bnyk tutorial bergambar yg ada di website(berapa banyak dan la). So, post kali ni saya tujukan khas kepada newbie2 dalam dunia ni..hehehe. Dah lama saya buat artikel ni tapi cuma untuk kegunaan pribadi & nk menunjuk2 kat member2 saja. Jadi saya copy paste balik je la..sebab tu qualiti gambarnya agk kureng.. 
Ok, caranya:

1)Setting telefon
call *100#
> 01 seterusnya

> 9 internet dan tetapan
> 2 tetapan
> 1 tetapan
> 1 betul
> 1 wap+mms+internet

tggu maxis hantar setting baru. pastu save setting tu.(setting maxis 3g wap)

2)Download & install file opmin65hui202.jar ke telefon.

3)Bukak file opmin65hui202.jar(jenis lain pn bleh asalkan tau caranya)
-klik di “+network settings”

CARA-CARA UNLOCK USB MODEM


Masalah yang sering dihadapi oleh pengguna berokband di Malaysia adalah untuk menukar simcard didalam usb modem yg telah dilock. Dalam artikel sblum ni saya ada menyentuh pasal ni tapi tak explain dgn lebih lanjut. Klau tak maunya jadi karangan 500 patah perkataan la jawabnya. Jadi saya akan buat artikel pandek tentang cara mengunlock(betul ke ayat ni) usb moden yg dilock.

Benda pertama yang korang perlukan adalah sejenis sofware yang diberi nama Dccrap(ya, saya tau namanya agk kurang sopan. tapi fungsinya setanding dgn namanya..hehehe). Software ni korang boleh donlod kat sini. Kalau tak ada korang 'tanya" je pakcik Google, beliau lebih mengetahui.

Lepas dh siap donlod, korang gi la sembahyang dulu, mintk keberkatan wat benda ni, pastu baru korang bukak sofware tu.

TRICK MAXIS BBNET DI PC



Salam kepada pelawat-pelawat blog yg tak seberapa ni. Ini adalah artikel saya yg kedua. Saja pilih tajuk ni nak bikin gempak sikit..hehehe. Ok, kali ni saya akan tunjukkan cara-cara "memasak" kad sim korang sehingga menjadi hidangan yg lazat dan menyelerakan.
Bahan-bahannya:
a) semangkuk komputer @ laptop @netbook (dan seangkatan dgnnya)
b) secawan usb modem
c) secepis simcard prepaid maxis (kredit 0.00 pn xpa, tapi pastikan tempoh kredit ada lgi)
d) sepotong software PD-PROXY
d) tahap kesabaran chef yg tinggi.


CARA-CARANYA

1)Tukar profil maxis korang kepada "bbnet".
     caranya tekan *100# > 9 internet dan tetapan > 4 Prepaid broadband > 10 tukar profile > 2  tukar kepada profil broadband > 1 teruskan.
Lepas siap, tunggu seketika pastu korang akn dpt mesej dari maxis bgtau yg simkad korang dh ditukar kepada pelan bbnet bla bla bla. Sekarang bolehlah korang go to the next step.

2)Masukkan simcard maxis tu kedalam usb modem. usb modem ni jenis apa pn xpa tpi pastikan dh diunlock la. Modem yg unlock ni maksudnya dia boleh terima apa saja jenis simkad waima daripada service provider lain pun. Contoh yg kat malaysia ni Maxis broadband la. Modem dari maxis bb ni selalunya dh dilock, klau kita sumbat simcard lain confirm usb moden tu xleh baca pnya. Untuk cara nak unlock ni korang boleh baca disini.

Wednesday 18 July 2012

RESUME MEDIAFIRE DOWNLOAD


RESUME MEDIAFIRE DOWNLOAD

Ahmad adalah kaki donload filem yg tegar dan beliau sering mendonlod movie mengunakan mediafire sebab; "mediafire la best. speed laju takdak waiting time dahtu xda limit plak donload sehari -Ahmad(2012)".

Tetapi disebabkan Kawasan rumah Ahmad ni kg dan line 3G pn xkuat, so selalu la berokbandnya terdisconnect dan pada masa ni akan kedengaranlah hilaian dan tangisan yg menyayat hati di kampungnya yg dtg dari rumah Ahmad sbb dia  dh donlod hentai 2gb sampai 98% dah last2 fail. Dah tu lepas connect balik brokband pn dia dah xleh resume donlod tu.

Saya pasti situasi diatas pernah berlaku kepada anda pengguna brokband. mungkin ramai yg dh tau tapi bagi yg xtau  lgi(kalau dh tau wat apa nk baca lg kan?), sbnarnya kita bleh resume blik donlod tu.
cara ni bleh dgunakan klau korang pkai firefox and donlod pakai Internet Download Manager (IDM). Guna browser lain pn bleh tpi ni pilihan terbaik. Cara2nya:

1). buka firefox( saya guna version 11) and klik ke option>option>privacy>remove individual cookies>search.


SALAM PENGENALAN

SALAM PENGENALAN

Salam satu malaysia. Saya adalah blogger yg baru berjinak2 dalam dunia pemblogeran ni, jadi diharap pembaca boleh "pejam sblah mata" la kalau ada yg terkurang dgn blog ni.

Tujuan saya menulis blog ni adalah untuk berkongsi serba sedikit pengetahuan dan pengalaman saya tentang dunia IT. Blog ini akan menfokuskan kepada aspek:

Komputer - Dari sebesar2 superkomputer hinggalah sekecik2 kalculator.

Networking- Saya taklah mahir sangat pasal networking ni sebenarnya cuma nk share sikit pengetahuan yg saya ada.

Handphone- Ya , 'komputer' yg memang menjadi kegilaan seluruh dunia. Dh makin kecik(atau besar?) dan cangih dah skrng ni.

Hardware & Software- 'organ' dan 'minda' sesebuah komputer. saya jgak akn review sofware2 yg berguna.

Terima kasih kerana sudi untuk mengunjungi blog ini. Semoga artikel-artikal dan catatan dalam blog ini akan memberi manfaat kepada anda