IKLAN

Thursday, 29 November 2012

TIPS KURANGKAN MASALAH "UNABLE TO CONNECT" DAN LOADING MEMANJANG SEMASA GUNA TRICK OPERAMINI MAXIS YANG TAK BEST KAT ANDROID

Ambik kau, gedabak punyak panjang tajuk post kali ni. Memang padan dengan masalah yang melanda pengguna operamini maxis tegar dengan handphone android. Entah mana silapnya, trick maxis cukup susah nak 'lekat'.


Kelemahan trick maxis diandroid berbanding hanphone symbian adalah ia susah nak connect dan selalu je 'disconnect'. Kadang-kadang, selepas beberapa mini browsing, ia akan loading dalam tempoh yang lama lepas tu disconnect. Kat sini saya akan bagi beberapa tips simple macam mana nak bagi trick boleh tembus disamping kurangkan masalah disconnect ni.

TRICK OPERAMINI MAXIS ANDROID


Saya sebenarnya agak menyampah dengan Maxis sebab kegigihan mereka memblock trick-trick baru tak kiralah trick operamini mahupun trick bumi, kalau ada je cgi-cgi yang power, mesti kena block lepas beberapa hari. Dan, kalau korang perasan, dalam blog ni, saya lebih banyak share trick pasal Celcom je..hehe.

Tetapi, disebabkan ada yang mencari trick-trick maxis kat sini dan demi tak menghampakan harapan pelawat-pelawat blog ni, saya akan sharekan satu trick operamini maxis yang dah lapuk untuk handphone android.

Sunday, 25 November 2012

CARA EDIT FILE ANDROID


Bagi pengguna handphone java atau symbian, korang agak beruntung sebab ada banyak tools untuk edit file-file berformat tersebut. Tetapi bagi pengguna android pula, masih tak banyak software yang boleh digunakan untuk edit format apk ni. Kalau ada pun, sama ada asyik 'crash' ataupun yang takda GUI(Graphical User Interface) iaitu dalam bentuk CMD. Bagi sesiapa yang tahu pasal programming bolehlah guna tapi yang newbie macam saya ni, 'merangkak' la jawabnya.

Ok, pada post kali ni, saya akan tunjukkan macam mana nak dicompile dan compile semula file beformat .apk ni. Bagi yang tertanya-tanya kenapa nak edit file tu, rasanya korang dah tersilap baca blog ni..hehe. Tujuannya samada nak edit file .apk sedia ada contohya tukar ikon, filename, interface, tukar'ahem'server dan disamping tu boleh jugak la korang belajar sikit-sikit tentang file android ni.

Thursday, 22 November 2012

RENAME MULTIPLE FILE SERENTAK MACAM PRO

Kadang-kadang, kita akan menghadapi situasi dimana harddisk dipenuhi dengan file-file yang tak bernama ataupun yang disusun secara membabi-buta tanpa dibagi nama yang senang diingati. Tugas nak 'merename' file-file tu pulak memang leceh kena pulak kalau ada beribu-ribu file tak kiralah samada file gambar ataupun video.


Sebenarnya kalau korang guna windows, korang boleh rename je file-file tu dengan select semua file(Ctrl+A) dan click F1. Tapi nama file yang baru akan diakhiri dengan (1), (2), (3) dan seterusnya. Kalau korang boleh terima nama file yang tak senonoh ni, lantaklah. Tapi kalau korang nak gambar-gambar yang ada nama yang elegen dan lebih professional, sila teruskan membaca.