Sebenarnya saya bukan nak ceritakan tentang betapa hebatnya pc saya ni, tetapi tentang harga hard disk yang melonjak naik sejak setahun lepas. Jika setahun lepas saya membeli hard disk 1TB dgn harga lebih kurang RM170 je, cuba korang check harganya skrg kat lowyatt ataupun PC Depot, boleh dapat bawah RM200?
Sapa kata harga pc atau barang2 elektronik lain akan sentiasa jatuh harganya. Pemikiran 'kolot' korang tu perlu diubah. Kalau permintaan melebihi pengeluaran, mesti la pengeluar akan naikkan harga barang betul tak?. Ajar ekonomi pulak hari ni..hehehe
Jadi sebab apa agaknya hard disk ni naik harga? Setelah dikaji2, rupanya banjir besar yang berlaku di Thailand tahun lepas adalah punca utama kenapa harga hard disk ni naik mendadak. Mesti korang ingat lagi banjir kat Thailand tahun lepas punya la lama berbulan jugak la nak surut.
Apa kaitan banjir kat Thailand dengan hard disk korang tanya? Tahukah korang yang Thailand adalah pengeluar hard disk TERBESAR didunia. Disebabkan banjir tu, kilang tak boleh beroperasi berbulan-bulan sehingga stock hard disk dunia semakin menyusut, last-last berlakulah kes 'sorok' barang dan jualkan pada pembeli yang sanggup beli pada harga yg lebih tinggi.
Sampai sekarang, dah lebih setahun, harganya masih lagi tak turun. Sebenarnya, bukan hard disk saja yg terjejas sebab banjir tu, tapi company yang banyak bukak kilang kat Thailand macam Honda dan Sony Ericcson pun terjejas jugak, cuma tak seburuk Western Digital, Seagate dan Hitachi sebab diorang masih ada supplier lain lagi di seluruh dunia.
Kesimpulannya, selepas guna hard disk 1TB selama setahun space pun dah nak penuh jadi terpaksalah cari hard disk baru. Kenapala games-game PC skrg besar2 sangat saiznya. Adakah patut game Max Payne 3 guna sampai 23GB..gila betul.