"Auto Click Bot $5 a day easy"
"EARN $8 a day using AUTO CLICKER BOT"
"AdFoc.us, LinkBucks, Adf.ly AutoClicker - Earn up to 140$ - day ..."
Petikan diatas adalah ayat-ayat power yang sering keluar kalau korang bertanya pakcik google soalan tentang cara buat duit di internet. Saya sebenarnya secara kebetulan terjumpa istilah2 pelik ni semasa dalam proses 'webwalking'(apa2 jelah) beberapa hari lepas. Topik ni menarik perhatian saya sebab betul ke kita boleh buat duit secara automatik dengan hanya menggunakan software? Jangan tipulah, saya pasti korang pun mesti terbeliak jugak kalau terjumpa dengan keyword macam kat atas tu..betul tak. $140 sehari tu, biar betul?
Pada Post kali ini, saya akan cuba merungkai persoalan ini dengan dengan jawapan-jawapan yang pasti dan disusuli pulak dengan bukti yang sahih. WAH..jadi detectif Conan pulak hari ni..hehehe.
"To catch a criminal, we have to become one"
Itu adalah lebih kurang kata2 seorang detektif daripada sebuah filem yang saya dah tak ingat filem apa. Pendek kata, nak tau betul atau tidak benda ni, kita kenalah cuba buat dulu.Untuk testing ni, saya akan menggunakan adfoc.us sebagai 'tikus makmal'. Nak tau apa tu adfoc, korang taip "url shrink services" baca sendiri, malas saya nak terangkan satu-satu.
Disini saya senaraikan benda yang korang perlukan
1)Firefox(saya guna versi 11)
2)Internet Explorer 9(wajib versi 9 keatas. kalau tak, tak jadi)
3).Net Framework 4.0 keatas(satu lagi benda wajib)
4)Sofware adfoc.us bot. Download kat sini.
5)Akaun adfoc.us.
cara-caranya;
a) sign in di adfoc.us
b) install IE9 & .Net Framework 4
c) buka software adfoc bot v1.52
Ini adalah software yang telah saya gunakan untuk eksperimen ini. Sebenarnya ada banyak lagi autoclick bot kat internet, tapi cuma ni je yang masih berjalan dengan lancarnya..yang lain2 ada yang dah diblock dan ada sesetengahnya cuma virus. Kadang-kadang antivirus akan detect software ni sebagai malware, trojan dsb..jangan risau tu cuma 'false alarm', samalah macam korang guna crack atau trainer masa main game.
Seperti kat gambar diatas, korang boleh tengok ada lima slot untuk 'link' adfoc korang, sila isikan penuh. Kalau korang cuma ada satu link saja..pun takde hal, isi je kesemua slot dengan link yang sama.
Sekarang korang click ke butang 'Setting' dan akan keluar mesej box macam kat atas. Kat sini ada tiga kolum yang korang kena ambil perhatian iaitu, Proxy, User-agent & Refferer. Proxy akan menunjukkan identiti dan kewarganegaraan 'orang' yang click link adfoc korang. Perlu diingat, kadar bayaran adfoc.us adalah mengikut negara, jadi pilih proxy dari negara yang tinggi bayarannya contoh US & United Kingdom. Proxy ni juga perlulah yang ANONYMOUS atau ELITE, supaya adfoc tak dapat detect ip sebenar 'orang' yang click link tu. User-agent pulak menunjukkan web browser 'orang' tersebut. Yang ni tak payah la korang sentuh. Refferer adalah penunjuk dari website mana 'orang' yang click link tu datang. Contohnya, korang jumpa link adfoc.us di youtube dan korang click link tersebut, youtube adalah refferer bagi link adfoc tu..faham? yang ni korang boleh bagi link yang general contoh http://www.google.com, http://www.yahoo.com dsb.
proxy dan refferer yang dah siap diisi. Sori, terpaksa hidden, pandai2 la korang cari sendiri..hehe |
Pastikan korang dapatkan sebanyak mungkin proxy yang anonymous tu. Lagi banyak korang cari, lagi bagus. Format proxy pulak adalah xxx.xxx.xxx.xxx:1234 yang mana :1234 adalah port number. Contoh 122.72.20.126:80 atau 200.100.53.156:3128.(dah mati pun link ni, tak payah la korang ambik)
Lepas semua dah siap diisi, pastikan korang click butang 'save' di ketiga2 kolum tu dan tutup message box tu. Sekarang korang boleh mula menjana duit online dengan menekan butang 'Start'. Kalau semuanya ok, link korang akan diclick dalam masa beberapa minit..
proses meloading sebelum robot menclick link |
Pada pukul 7.56pm iaitu lebih kurang 10 minit berlalu..dah ada lima 'orang' yang click di software dan website adfoc.us tu.
1 jam 30 minit kemudian... 22 click di software dan adfoc.us cuma 'tangkap' 21 click je..tu la pentingnya proxy yang bermutu.
lebih kurang selepas 3 jam..45 click software dan 42 click adfoc.us.
Selepas bangun tidor, pada pukul 6am.. Hasilnya..
~11 jam, 155 bot click vs 133 adfoc.us click. Earning $0.8103.
Kesimpulan
Setelah menjalankan eksperimen dengan jayanya, ada beberapa persoalan pada awal post ni telah dapat dijawab sepenuhnya antaranya:
1)Boleh ke buat duit online? = Ya, memang boleh.
2)Adalah ianya mudah= Ya, memang mudah.
3)Boleh kaya ke dengan autoclick bot ni?= Tidak.
4)$140 sehari? = Hahaha..teruskan bermimpi.
Nantikan pembongkaran selanjutnya di part 2.. tunggu.
Sila 'Share' post ni kepada rakan-rakan kalau anda rasa info ni berguna.
Link url affiliate boleh digunakan dekat adfoc.us ni ke
ReplyDeleteweih...x dose ke wat keje cam nie...cam ne nk claim duit duit tu?
ReplyDeletehello: bro nak tanya kena ban tak dari adfly..and boleh lagi ke cara tu
ReplyDeletesaje jalan2 huhu..follow saya di eddyhasmadi.blog.sport.com
ReplyDeleteCara ni dah tak berkesan sekarang. Boleh baca sebagai tambahan ilmu sahaja, harap maklum.
ReplyDeleteCara ni dah tak berkesan sekarang. Boleh baca sebagai tambahan ilmu sahaja, harap maklum.
ReplyDelete