IKLAN

Monday, 3 September 2012

CARA HENTIKAN NOTIFICATION FACEBOOK KE GMAIL


Facebook adalah rangkaian sosial yang diasaskan pada Februari 2004 oleh  Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya. Sehingga kini, terdapat lebih 955 juta pengguna aktif diseluruh dunia dan kebanyakannya disebabkan peningkatan populariti smartphone.

Gmail adalah penyedia perkhidmatan mail elektronik(e-mail) yang diasaskan oleh Google. Ia dilancarkan pada tahun yang sama facebook dilancarkan iaitu 2004.

Sambal belacan pula adalah makanan pedas yang digemari rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur. Ia terdiri daripada cili, belacan, limau kasturi, garam dan kadang-kadang dimasukkan juga gula.

Tentu korang tertanya-tanya kenapa saya membuat senarai bodoh yang nampak takda kena-mengena dengan politik Malaysia ni. Dan kenapa pula sambal belacan perlu ditambah dengan gula dan garam padahal nanti hilang la pedasnya.

Saya pasti, korang semua adalah pengguna facebook yang tegar. Rakyat Malaysia adalah antara penguna facebook yang terbesar di dunia(betul ke?). Bagi pengguna facebook, dah tentu korang ada email tak kiralah gmail atau yahoo atau apa-apa mak nenek yang lain (ye la, kalau tak macam mana nak daftar facebook kan?). Dan bagi yang suka membelek email, dah tentu korang menyampah sebab inbox korang penuh dengan notification daripada facebook. Korang dah disablekan email sending function kat facebook tapi si mangkuk tu masih hantar email ke gmail korang? Jangan risau, pada post kali ni saya akan settlekan kerisauan korang tu.

Apa yang perlu korang buat adalah, buka gmail dan pergi ke 'setting';


 Ini adalah Gmail saya, tengokla berapa banyak inbox kat gmail tu. Saya berani gerenti lebih 50% semuanya daripada Facebook. Sekarang korang pergi ke 'setting' dan klick 'filter'




sekarang, click 'create a new filter'


Selepas tu, akan keluar message box macam kat bawah;


Isikan di ruang "Has the word" dengan "facebookmail.com". Korang juga boleh isi perkataan2 lain tak semestinya dari facebook saja. Contoh kalau korang tak suka saya hantar email kat korang, just tulis je brok3ncircuit kat situ..hehe.


Lepas dah siap, klick 'continue'. Sekarang 'tick'kan seperti dibawah.


di 'Apply the label', pilih 'New label' dan masukkan nama ikut suka korang.


saya tulis 'facebook.com' sebab senang nak ingat.

TICK DI  'ALSO APPLY FILTER...'
Pastikan korang TICK di  'ALSO APPLY FILTER...' sebelum click 'create filter'.  Kalau semua dah siap, patutnya inbox korang akan kelihatan lebih senonoh..hehe.

Bagi yang bertanya apa kaitannya sambal belacan dalam post ni..takda apa2 pun sebenarnya tapi kalau dah inbox penuh dengan 'sampah sarap' sampai komen korang kat blog ni pun saya boleh miss, muka saya pun boleh merah macam lepas makan sambal belacan tu..haha.

Sila share kalau korang rasa post ni berguna. Peace..




8 comments:

  1. The post is very nice. I just shared on my Facebook Account.

    ReplyDelete
  2. Thank you for the impressive post.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. You maintain a entirely enchanting website. I like the whole word that you accommodate with every article.

    ReplyDelete
  5. I’m not that much of a internet reader to be honest but your blogs really nice, keep it up!
    I’ll go ahead and bookmark your website to come back in the future.
    Many thanks

    ReplyDelete
  6. Today I will say that this is an amazing article that's all I can say. If you want to read something amazing then you must read this article that will provide you an ample ammount of Information.. buy facebook page likes

    ReplyDelete
  7. Doris E. Stevens19 October 2022 at 16:22

    If you're a gamer or especially ambitious player, the Twitch platform can bring you intense and exciting entertainment. It offers a wide variety of different stands from which to choose, including live streams from video games and other difficult-to-find events. Don't let this opportunity pass you by! Twitch Zuschauer Kaufen

    ReplyDelete