IKLAN

Friday, 21 September 2012

BUKA GOOGLE PLAY DARI PC


Jika sebelum ni saya ada membuat post tentang cara-cara nak simpan file apk yang dah didownload daripada Google play, pada post kali ni pula saya akan tunjukkan korang tentang cara macam mana nak buka Google play dan download file apk tu di Pc korang. Kali ni saya akan cuba buat post seringkas mungkin sebab dh mengantuk gila semalaman tak tido..huhu.

Bahan-bahan yang korang perlukan:

1)Software Real APK Leecher. Sedut kat sini.
2)PC @ Laptop
3)Android phone.

Langkah-langkahnya;

A) Dapatkan ID android phone. 
Caranya taip *#*#8255#*#* kat handphone pastu akan keluar Gtalk Service Monitor. Ambil id dari 'Device id'. Pastikan korang cuma ambil no belakang sahaja contohnya; android-386ffaxxxx1eyy22, maka 386ffaxxxx1eyy22 adalah id korang. Oh..lupa pula nak bagitau, id korang adalah mengikut akaun gmail(kalau guna android, pandai2 la bukak akaun google).  

  

B)Buka software
Sekarang korang boleh pergi ke pc dan buka software Real APK Leecher yang didownload tadi. 


Software ni dihasilkan dengan java tapi telah dicompile ke file .exe juga, so kalau takleh bukak mungkin kena install java environment dulu.


Selepas dibuka, akan keluar 'message box' macam kat atas. Isikan alamat gmail korang dan passwordnya. Device ID pulak, masukkan id yang korang dah buat kat step A tadi. Pilih kat mana korang nak simpan file Apk yang didownload dan click 'save'..siap.


Sekarang Google play korang dah boleh dibuka kat PC. Pastikan korang search kat 'search box' dan bukannya kat 'filter box'.


Right click kat file yang korang nak download dan click 'Download this app'..


File .apk tadi akan tersimpan kat tempat yang korang dah setkan..Enjoy.

p/s: macam mana, ringkas tak post kali ni. Sori kalau ada yang tak kena, maklumlah saya menulis post ni pun masa separuh mamai...hehe.