IKLAN

Wednesday, 10 October 2012

CARA MUDAH HIDDEN FILE IMAGE DAN VIDEO DI ANDROID


Saya pasti, ramai dari pengunjung blog ni terdiri daripada insan yang memiliki handphone berspesies android.  Satu perkara yang menjadikan handphone ni agak 'tak syok' adalah dari aspek privasi. Pasti korang pernah mengalami situasi yang mana gambar-gambar dan video-video yang boleh dianggap agak pribadi bagi korang dilihat oleh member-member mahupun orang lain sebab ia terloading secara automatik bila file image dan video tu disimpan kedalam sdcard handphone.

Android secara default akan 'menscan' segala mak nenek file multimedia yang terdapat didalam sdcard, jadi mesti la gambar-gambar dan video-video hentai yang korang download tu akan terkeluar kat galery dan videos..hehe.

Jangan risau, pada post kali ni, saya akan ajarkan macam mana nak mengelakkan Encik Android dari  mencari segala file-file tu. Sebenarnya android secara default dah berikan cara nak hidden ni kat handphone korang, kalau tak percaya, cuba buka sdcard dengan file manager dan cari file ".nomedia"..ada? Korang perasan tak, folder yang ada file ni mesti image mahupun video takkan keluar kat galery mahupun videos.

Kalau takda, korang ikut je langkah-langkah simple kat bawah.

Requirement(chewah, speaking pulak)
1)Android phone (handphone symbian pi cari kat tempat lain)
2)File manager (apa-apa jenis pun takpa yang penting boleh create file & rename. Saya galakkan Es file manager dan Astro file manager).
3)Folder yang penuh dengan video & gambar pribadi..hehehe

Firstly, kenalpasti folder mana yang yang harus 'dihapuskan' tu. Kalau korang pernah install game MotorbikeGP, mesti folder macam kat bawah akan keluar..penuh dengan gambar-gambar game..what the hell.


Sekarang korang buka file manager dan pergi ke folder yang berkenaan..


 Kat folder tu, dengan menggunakan file manager, korang create file(bukan folder ye..) dan namakan file tu sebagai ".nomedia". Tak semua file manager boleh create file, so saya galakkan korang guna ES File Manager.


Bagi yang malas nak download, korang boleh juga guna mana-mna file manager dan 'rembat' je file yang korang dah tak gunakan lagi pastu rename je kepada ".nomedia" dan copy ke folder yang korang nak hidden tu.


Ya..sekarang file ".nomedia" tu dah di'paste' ke folder yang nak di'hidden'. Es file manager takkan keluar file ni, so just create satu file lagi dan cuba paste, kalau dia cakap file tu dah ada..ok dah ada la tu. Kalau guna Astro file manager, baru boleh nampak file ni.

Lepas dah siap, sila restart handphone korang..


Woilaa.. dah siap, sekarang folder yang menjadi igauan ngeri korang dah selamat 'dikuburkan'..hehe. Cara ni  cuma untuk stock gallery dan videos je, kalau guna 3rd party video player dan image viewer, tetap jugak dia scan..hehe.

'Share' la kalau korang suka post ni..