IKLAN

Saturday, 27 October 2012

DOWNLOAD DI GOOGLE CHROME DENGAN IDM

Google Chrome adalah browser percuma yang dibangunkan oleh Google semenjak dari bulan september 2008 sehingga kini. Ia adalah pesaing terdekat dengan pelayar-pelayar internet lain seperti Firefox, Internet Explorer(korang guna lagi ke?), Opera dan Safari. Secara peribadi, saya rasa browser ni memang best sebab ia 'ringan' dan pantas serta tak 'melantak' banyak memori pc macam Firefox.


Tetapi, kalau korang baru beralih daripada Firefox kepada Chrome, pasti akan hadapi masalah mendownload dengan Internet Download Manager atau mana-mana Download manager lain sebab Chrome secara default akan takeover download dengan applikasi download manager yang terbina didalam browser tu sendiri.


tak ada option untuk download dengan IDM

Pada post kali ni saya akan tunjukkan macam mana nak menjadikan download manager kegemaran ramai mendownload secara default daripada Chrome. Firstly, pergi ke Chrome Web store dan cari plugins 'downloaders'. Chrome Web Store boleh diakses dengan menekan tombol 'new tab' pada Google Chrome.


Selepas dah jumpa, pastikan korang download dan install dulu plugins tersebut.



Kelebihan Google Chrome adalah, korang tak perlu restart browser untuk plugins berfungsi. Selepas install terus boleh guna on the spot. Sekarang, korang perlu setting plugins tersebut supaya menerima IDM secara automatik.

Di Google Chrome, pergi ke Setting/Extentions dan cari plugins yang korang dah install tadi;




Pastikan korang tick 'enable' kat hujung plugins tu untuk bolehkan plugins berfungsi. Kemudian click 'option' dan page macam image dibawah akan muncul. Tick je download manager pilihan korang. Plugins ni bukan hanya terhad kepada IDM saja, tapi banyak lagi.


'Integration mode Settings' pulak cuma option, kalau korang taknak isi pun takpa. Tapi, kalau didapati ada file2 tertentu yang IDM tak sapport, korang boleh tambah sendiri file extention tu dengan format .filetype(cth .img)  kat dalam box yang disediakan.


Lepas dah siap, pastikan korang 'save' setting tu. Sekarang cuba try download.

option untuk download dengan IDM selepas pasang plugins

 Cara ni cuma untuk sesiapa yang masih tak boleh download dengan IDM selepas berhijrah ke Chrome terutamanya kalau gunakan IDM versi kuno(tak update la). Rasanya masalah ni takkan wujud kalau korang update ke IDM versi latest..hehe.


Thanks for reading, thousands thanks for comment..