IKLAN

Saturday 27 October 2012

DOWNLOAD DI GOOGLE CHROME DENGAN IDM

Google Chrome adalah browser percuma yang dibangunkan oleh Google semenjak dari bulan september 2008 sehingga kini. Ia adalah pesaing terdekat dengan pelayar-pelayar internet lain seperti Firefox, Internet Explorer(korang guna lagi ke?), Opera dan Safari. Secara peribadi, saya rasa browser ni memang best sebab ia 'ringan' dan pantas serta tak 'melantak' banyak memori pc macam Firefox.


Tetapi, kalau korang baru beralih daripada Firefox kepada Chrome, pasti akan hadapi masalah mendownload dengan Internet Download Manager atau mana-mana Download manager lain sebab Chrome secara default akan takeover download dengan applikasi download manager yang terbina didalam browser tu sendiri.

Friday 12 October 2012

SPEC OPS: THE LINE PC

Beberapa hari lepas saya berkesempatan bermain game setelah beberapa bulan 'kehausan' sebab takda game-game yang best pada pandangan mata. Game yang saya maksudkan adalah Spec Ops: The Line. Memang dah lama saya download game ni tapi simpan saja kat dalam hard disk komputer sebab takda masa nak main. Bagi saya, game ni memang best, terutamanya dari segi gameplay dan graphicnya. Kalau korang peminat game 3rd person shooter seperti Hitman, Max Payne, Gear of Wars dan seangkatan dengannya..game ni memang sesuai untuk korang.


Summary
"Spec Ops: The Line is a third-person shooter video game developed by Yager Development and published by 2K Games. Although in the Spec Ops series, The Line does not take any story elements from previous titles. The game follows Captain Martin Walker as he is sent into a post-catastrophe Dubai with an elite Delta Force team on a reconnaissance mission, but the situation escalates into a hunt for a decorated officer named Colonel Konrad. -Wikipedia

Wednesday 10 October 2012

TRICK FREE VPN DI PC

Selamat pagi dan salam satu Malaysia kepada warga netizen sekalian. Entah kenapa tiba-tiba bila lepas bangun tido ni terasa nak buat 'amal jariah' la pulak.

Sebelum tu saya nak ucapkan salam takziah kepada pengguna-pengguna trick bbnet droidvpn yang dah bengkak mata menangis tak berlagu sebab trick dah kena block dan syabas kepada Ananda Krishnan kerana kegigihan beliau menutup lubang-lubang yang sedia terbuka di firewall ofisnya. Beliau telah membuktikan betapa masinnya tahi hidung beliau..hehehe. Bagi pengguna setia c3lc0m berokband RM98 dengan PD-Proxy premium account macam saya, adakah hal ni menganggu gugat hidup saya?..langsung tak.


Nak benda free mesti la terima hakikat yang benda free ni sekejap je sifatnya, kena-kena pulak kalau datangya daripada m4x1s, redha je la. Ok pada post kali ni saya akan sharekan trick free c3lc0m dengan free VPN di PC dengan speed yang boleh dikatakan sama taraf dengan c3lc0m berokband RM68 punya..wow.

CARA MUDAH HIDDEN FILE IMAGE DAN VIDEO DI ANDROID


Saya pasti, ramai dari pengunjung blog ni terdiri daripada insan yang memiliki handphone berspesies android.  Satu perkara yang menjadikan handphone ni agak 'tak syok' adalah dari aspek privasi. Pasti korang pernah mengalami situasi yang mana gambar-gambar dan video-video yang boleh dianggap agak pribadi bagi korang dilihat oleh member-member mahupun orang lain sebab ia terloading secara automatik bila file image dan video tu disimpan kedalam sdcard handphone.

Android secara default akan 'menscan' segala mak nenek file multimedia yang terdapat didalam sdcard, jadi mesti la gambar-gambar dan video-video hentai yang korang download tu akan terkeluar kat galery dan videos..hehe.

Thursday 4 October 2012

TRICK OPERAMINI CELCOM ANDROID PALING SIMPLE

 Pada post kali ni saya akan berikan trick mudah operamini di android untuk talian kegemaran ramai..c3lc0m. Kalau sebelum ni saya dan berikan trick operamini Digi untuk android yang boleh dikatakan senang nak buat, trick kali ni lagi senang dari tu..sesuai untuk newbie yang baru berjinak-jinak dengan trick free internet ni. Pastikan korang guna trick ni time takda kredit.

Benda pertama yang kita kena buat mestilah setkan APN phone. Ambik je setting macam kat gambar dibawah tu.


Monday 1 October 2012

CARA MASUKKAN SUBTITLE KEDALAM MOVIE

Setelah beberapa bulan menunggu, akhirnya keluar jugak movie kegemaran saya iaitu Ice Age 4 ke format dvdrip, apa lagi sedut la..hehe. Selepas hampir 45 minit menunggu proses 'penyedutan' selesai, dapatlah juga saya melayan cerita tu.. yayy!!

Tapi malang nasibku, cerita takdak subtitle la pulak..huhu. Bukan tak faham BI, tapi dah terbiasa tengok movie dengan subtitle(alah..korang pun mesti macam tu punya, betul tak?). Jadi, apa perlu buat? adakah saya perlu cari dan download semula movie tu dengan yang ada subtitle punya ataupun buat subtitle sendiri pastu baru tengok? Ok, saya tak la se'extreme' tu.

cerita dah best, subtitle pulak takda..demm.
Jadi, pada post kali ni, saya akan tunjukkan cara macam mana korang nak cari dan mainkan subtitle ke movie pilihan korang..post ni untuk newbie ye.

CARA GUNA FILE JAVA DI ANDROID DENGAN JBED

Mungkin ramai yang tak tahu apa sebenarnya Jbed serta fungsinya pada handphone android. Jbed sebenarnya adalah java emulator yang dihasilkan oleh Myriad Group bagi tujuan membolehkan applikasi java supaya dapat dimainkan ke handphone android. Ia pada asalnya digunakan oleh HTC Desire tetapi dihentikan pada versi-versi handphone seterusnya. Software ni memang power terutamanya bagi pengguna yang masih sayang nak tinggalkan symbian diorang..hehe.