IKLAN

Monday, 1 October 2012

CARA GUNA FILE JAVA DI ANDROID DENGAN JBED

Mungkin ramai yang tak tahu apa sebenarnya Jbed serta fungsinya pada handphone android. Jbed sebenarnya adalah java emulator yang dihasilkan oleh Myriad Group bagi tujuan membolehkan applikasi java supaya dapat dimainkan ke handphone android. Ia pada asalnya digunakan oleh HTC Desire tetapi dihentikan pada versi-versi handphone seterusnya. Software ni memang power terutamanya bagi pengguna yang masih sayang nak tinggalkan symbian diorang..hehe.


Tentu korang tertanya-tanya kenapa nak masukkan applikasi java ke handphone android sedangkan dah berlambak applikasi boleh didownload kat Google Play? Sebenarnya, Jbed ni dicipta masa android masih baru bertapak dan tak banyak lagi applikasi yang diupload ke 'Market'(google play la..), so applikasi java adalah alternative terbaik masa tu. Sekarang pun masih ada yang pakai software ni terutamanya kalau korang nak buat trick operamini maxis kat android..senang tembus bro.

Tapi disebabkan Jbed ni dah tak lagi dikeluarkan dan android versi baru dah tak 'support' software ni, maka pengguna selalu berdepan dengan masalah 'force close' dan 'unable to find sdcard or sd card is busy' terutamanya untuk android Froyo dan Gingerbread. 

Sebenarnya masalah ni berpunca daripada cara install yang tak betul. So, korang ikut step2 yang diberikan kat bawah.

1)KAEDAH MANUAL INSTALL

Keperluan;
a)Root phone. Wajib.
b)Install Root Explorer. Cari kat google play.
c)File Jbed. Sila download dan unzipkan kat sd card.

First, buka file jbed tu dan unzipkan. Akan ada 2 file iaitu 'Jbed.apk' dan 'libjbedvm.so' 

Ini handphone android ye adik-adik..
Install file 'Jbed.apk' tu macam biasa tapi jangan..diulang JANGAN OPEN FILE!! yang diinstall tu. Kalau korang ter'open', sila uninstall dan restart phone pastu ulang balik step ni.

Sekarang buka 'Root Explorer' dan cari folder jbed yang korang dah unzip tadi. Saya galakkan korang simpan file tu kat tempat yang mudah cari.


kat root explorer, buka folder 'sdcard' dan cari file 'libjbedvm.so' kat folder yang korang dah unzip tu.


Copy atau move file tu..


Sekarang 'back' dan pergi ke folder 'system/lib' dan copy kat situ.

pastikan korang tukar root explorer tu daripada 'Mount R/W' kepada 'Mount R/O', kalau tak memang takleh copy atau move. Overwrite je..takdak hal punya.


Lepas siap copy, RESTART HANDPHONE korang dan baru buka file jbed yang dah diinstall tadi..


Sepatutnya korang dah boleh bukak dan upload file jar tanpa masalah 'force close' dan 'sdcard not found' lagi.

2)KAEDAH FLASH PHONE
Bagi sesetengah handphone, korang tetap tak boleh copy file 'libjbedvm.so' walaupun dah root terutamanya untuk handphone Samsung, jadi terpaksalah flash je jbed tu ke phone. Cara kedua ni saya sarankan kepada pengguna yang lebih advanced sebab korang kena tahu serba sedikit tentang cara-cara nak flash phone. Bagi kaki-kaki tukar custom rom, cara ni lebih senang daripada kaedah pertama tadi.

Apa yang perlu korang buat, install file jbed.zip ni dah letak kat sdcard.


 Sekarang masuk ke recovery mode tak kiralah clockworkmod, xrecovery atau default phone recovery mode, dan flash file 'jbed.zip' tu macam mana korang flash rom. Dah siap..senang kan?  Lain handphone, lain cara nak masuk recovery mode nya so, pandai-pandai la korang buat research handphone korang tu.

Segala modifikasi adalah atas tanggungan sendiri..kalau brick phone, pandai-pandai la korang repair balik..haha.

'Like' me if u like my post. Adios..


2 comments:

  1. untuk se w8 tak boleh....aku dah root, lepastu aku pindah libjbed...smua ok... then aq restart....aku run jbed tu keluar error... macam mane ...help

    ReplyDelete