IKLAN

Saturday 25 August 2012

INDUCTIVE COUPLING - TEKNOLOGI MASA DEPAN


Setahun lepas saya ada menonton sebuah filem bertajuk 'The Prestige' yang diterbitkan pada tahun 2006. Filem ni dibintangi oleh Christian Bale dan Hugh Jackman serta diarahkan oleh Christopher Nolan. Ia mengisahkan tentang persaingan dua orang sahabat didalam dunia silap mata yang akhirnya bertugar menjadi 'perang' antara keduanya. Cerita ni memang best sebab diarahkan oleh pengarah tersohor pada ketika ni.. alah, pengarah dan pelakon 'Dark Knight Rises' tu takkan korang tak kenal.

Apapun saya bukan nak buat review filem yang dah berkurun ditayangkan tetapi nak sentuh sikit tentang salah satu babak dalam filem tu. Dalam filem ni, watak Hugh Jackman berusaha nak mendapatkan silap mata yang canggih dan tak mampu ditiru oleh orang lain..dipendekkan cerita, dia telah ke Amerika untuk berjumpa dengan Nikola Tesla. Di sana dia telah dibawa ke suatu kawasan lapang bersalji oleh seorang pembantu Nikola. Untuk mendemonstrasikan ciptaan Nikola, pembantu tersebut talah mengambil sebiji mentol dan beberapa ketika kemudian, kesemua mentol di kawasan lapang tu termasuk yang ditangannya menyala walaupun tanpa sumber tenaga atau disambungkan dengan wayar.

Bila tengok babak ni, saya pada masa tu takda la rasa apa2 sebab filem hollywood memang suka membesar-besarkan cerita..sehinggalah beberapa minggu lepas. Secara kebetulan saya terjumpa satu video di Youtube yang telah membuka minda saya. Cuba tengok video dibawah:

 

Selepas membuat research, saya telah menjumpai istilah saintifik yang dipanggil 'Inductive coupling'. Mengikut wikipedia, Inductive coupling ialah proses dimana;

"two conductors are referred to as mutual-inductively coupled or magnetically coupled, when they are configured such that change in current flow through one wire induces a voltage across the ends of the other wire through electromagnetic induction."

diagram inductive coupling

Mudah cakap, ia adalah proses panghantaran arus voltan melalui induksi elektromagnetik. Saya pun tak berapa nak faham istilah-istilah saintifik ni tapi ia bukanlah benda asing sebab dah banyak teori ni diaplikasikan sekeliling kita contohnya, transformer(bukan filem ye), motor elektrik, radio dsb.

Kalau susah sangat, bayangkan saja radio dirumah korang, ia memindahkan gelombang radio daripada stesen radio macam Era.fm, Sinar, Hot.fm dan lain2 terus masuk keradio di rumah korang. Sekarang cuba kalau korang gantikan stesen radio tu kepada loji elektrik, gelombang radio kepada arus elektrik bervoltan tinggi dan radio korang adalah pulak adalah plug elektrik di rumah..ha, kan menarik tu.

Ini bukan hanya idea semata2 sebab ada banyak produk yang dikeluarkan berasaskan teknologi ini contohnya external usb antenna bagi modem yang tak support modem luaran, penguat signal handphone dan pengecas bateri handphone.
Wireless Charger

WidePatch™, Enables your ZTE MF190 to connect to external antennas and other RF devices
 Cuba bayangkan kalau aplikasi ni diguna pakai secara meluas, korang tentu tak perlu nak bawa charger korang merata-rata sebab smartphone asyik habis bateri dan kita tak perlu lagi tengok tiang-tiang elektrik yang bersepah di tepi-tepi jalan, hati senang, kos jimat..hahaha.

Brok3ncircuit tak bertanggungjawab terhadap kesahihan maklumat didalam post ni, pergi buat research dan nilaikan sendiri.

Sila komen kalau korang rasa info ni berguna.