IKLAN

Wednesday 22 August 2012

PENGGANTI YOUTUBE

Selamat hari raya dan selamat datang ke Brok3ncircuit.blogspot.com. Dah lama rasanya saya tak update post terbaru kt sini. Keterbatasan masa, sibuk buat persiapan raya, ma'ahemm'las dsb membuatkan blog ni bagai 'digantung tak bertali'..hehe.

Pada post kali ini, saya akan cuba merungkaikan permasalahan yang banyak melanda kaki2 streaming youtube. Seringkali, port2 yang ada youtube free seperti kat ofis, kolej, kilang dsb dah xbleh bukak sebab diblock oleh pihak yang berkenaan. Lepas dah kena block apa lagi, menangis tak berlagu la jawabnya.

Ada banyak cara untuk bypass website yang diblock ni sebenarnya seperti guna proxy, vpn, browser yang ada server macam ucweb, operamini, puffin dan lain-lain. Tapi, kali ni saya nak fokuskan kepada website lain yang korang boleh gunakan untuk streaming video di internet tanpa risau diblock oleh firewall ofis.

1)Dailymotion
Beribu pejabat di Perancis, Dailymotion ni adalah laman web streaming video kedua terbesar selepas youtube. Kebanyakaan video yang diupload adalah daripada negara-negara eropah dan amerika dan ada sesetengahnya daripada asia. Secara default, Dailymotion ditetapkan dengan 'parental filter' tetapi tidak seperti youtube yang memerlukan korang sign in untuk disable filternya, kat Dailymotion ni korang boleh offkan filternya dengan hanya satu klik..mudah kan? Selain itu, bagi pengguna handphone android dan iphone, aplikasi Dailymotion boleh didownload secara percuma di google play dan app store.

2)Vimeo
Satu lagi laman web yang boleh korang layari sebagai pengganti youtube. Sememangnya Vimeo ini agak kurang 'femes' di negara ni, namun tahukah korang yang Vimeo ni dah wujud sejak tahun 2004 lagu iaitu sebelum tertubuhnya youtube. Video yang diupload kebanyakkannya adalah bersifat indie dan underground. Filem2 pendek, animasi, klip video yang terdapat didalamnya adalah dalam bentuk fullmovie dan dihasilkan oleh individu2 perseorangan. Jadi, jangan harapla kalau korang nak jumpa cerita Mael Lambung kat situ..hehe.


3)Veoh.com
Dilancarkan secara rasminya pada Februari 2007, Veoh.com adalah sebuah stesen televisen berinternet yang berpengkalan San Diego, California. Bahan-bahan yang terdapat didalamnya adalah seperti Video, movie, anime, klip video dan sebagainya. Seperti Dailymotion dan Vimeo, aplikasi Veoh.com juga boleh didapati di android google play dan Iphone app store.




4)Metacafe
Rasanya tentu korang dah pernah jumpa website ni atau paling koman pun pernah dengar tentang Metacafe ni. Ya..memang benar, metacafe ni pernah menjadi pesaing youtube sebab contentnya hampir menyamai youtube, tapi sekarang dah tak lagi.. Metacafe telah 'berwajah baru', video-video yang diupload juga lebih kepada short-film serta lebih exclusive dan memaparkan kandungan yang original. Kira lebih kurang macam Vimeo la ni. Tapi bezanya, kat sini la korang yang kaki-kaki horny boleh dapatkan bahan-bahan 18sx dengan mudah..hehehe. Sorry, xda gambar icon metacafe (cuba korang taip 'metacafe' kat google image tengok apa yang keluar..hehe, takkan nak guna gambar tu kot beb).


5)Hulu
Jangan salah sangka, ini bukanlah website yang berpengkalan di Hulu Yam, Hulu Langat atau mana-mana kawasan pun di Malaysia, tetapi merupakan perkhidmatan streaming video yang dikhursuskan untuk pelawat dari Amerika dan Jepun sahaja. Pelbagai video serta filem dan rancangan televisyen daripada studio popular seperti NBC, Fox, ABC, CBS, Nickelodeon, TV3(dalam mimpi la) diupload di website ini. So, kalau nak bukak website ni, terpaksala menggunakan ip address dari kedua-dua negara tu.  

 Ok, rasanya tu sajalah yang boleh saya senaraikan setakat ni. Sebenarnya ada banyak lagi website yang seumpama dengan Youtube ni, kalau nak senaraikan satu-satu memang boleh buat 'kitab'..hehe. Pilihan terletak ditangan korang, memangla Youtube tu yang terbaik setakat ni, tapi kalau asyik kena blok saja baik cari yang lain. Tepuk dada tanya selera.