IKLAN

Showing posts with label trick youtube. Show all posts
Showing posts with label trick youtube. Show all posts

Wednesday, 12 September 2012

TRICK CELCOM YOUTUBE DI PC PART 2

Salam satu benua semua. Rasanya macam dah jarang sangat saya update blog ni sejak kebelakangan ni. Mungkin saya patut tukar je tema blog ni kepada 'Blog Malas', sesuai dengan tuan punya blog. Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang sentiasa masuk ke blog ni walaupun jarang update. Jasa korang teramat tinggi nilainya disisi counter stat blog ni..hehe.


Sebelum ni saya ada membuat satu post tentang trick youtube di pc dan tak lama lepas tu trick tu dah tak boleh guna lagi. Tentu ramai yang dah tau trick tu sebenarnya adalah dari trick Sneakme.net yang cuma ditukar kepada ip numeric je. Ada juga komen yang bertanya samada TokCik Celcom dah block trick tu ke? Jawapannya, TIDAK. Sneakme.net sebenarnya dah 'tutup kedai' dan Celcom masih lagi pemurah dan jarang block trick-trick baru(horee kepada Celcom dan boo kepada Maxis!!).

Saturday, 25 August 2012

INDUCTIVE COUPLING - TEKNOLOGI MASA DEPAN


Setahun lepas saya ada menonton sebuah filem bertajuk 'The Prestige' yang diterbitkan pada tahun 2006. Filem ni dibintangi oleh Christian Bale dan Hugh Jackman serta diarahkan oleh Christopher Nolan. Ia mengisahkan tentang persaingan dua orang sahabat didalam dunia silap mata yang akhirnya bertugar menjadi 'perang' antara keduanya. Cerita ni memang best sebab diarahkan oleh pengarah tersohor pada ketika ni.. alah, pengarah dan pelakon 'Dark Knight Rises' tu takkan korang tak kenal.

Apapun saya bukan nak buat review filem yang dah berkurun ditayangkan tetapi nak sentuh sikit tentang salah satu babak dalam filem tu. Dalam filem ni, watak Hugh Jackman berusaha nak mendapatkan silap mata yang canggih dan tak mampu ditiru oleh orang lain..dipendekkan cerita, dia telah ke Amerika untuk berjumpa dengan Nikola Tesla. Di sana dia telah dibawa ke suatu kawasan lapang bersalji oleh seorang pembantu Nikola. Untuk mendemonstrasikan ciptaan Nikola, pembantu tersebut talah mengambil sebiji mentol dan beberapa ketika kemudian, kesemua mentol di kawasan lapang tu termasuk yang ditangannya menyala walaupun tanpa sumber tenaga atau disambungkan dengan wayar.

Bila tengok babak ni, saya pada masa tu takda la rasa apa2 sebab filem hollywood memang suka membesar-besarkan cerita..sehinggalah beberapa minggu lepas. Secara kebetulan saya terjumpa satu video di Youtube yang telah membuka minda saya. Cuba tengok video dibawah:

Wednesday, 22 August 2012

PENGGANTI YOUTUBE

Selamat hari raya dan selamat datang ke Brok3ncircuit.blogspot.com. Dah lama rasanya saya tak update post terbaru kt sini. Keterbatasan masa, sibuk buat persiapan raya, ma'ahemm'las dsb membuatkan blog ni bagai 'digantung tak bertali'..hehe.

Pada post kali ini, saya akan cuba merungkaikan permasalahan yang banyak melanda kaki2 streaming youtube. Seringkali, port2 yang ada youtube free seperti kat ofis, kolej, kilang dsb dah xbleh bukak sebab diblock oleh pihak yang berkenaan. Lepas dah kena block apa lagi, menangis tak berlagu la jawabnya.

Friday, 27 July 2012

TRICK YOUTUBE POWER DI PC


Lebih kurang seminggu lepas saya ada membuat post tentang 'trick bbnet di pc' yang mana saya percaya telah melonjakkan jumlah pengunjung di blog ni dengan cara yang mendadak. Selepas dari itu, post-post saya lebih kepada tip atau trick 'suam-suam kuku saja'.
Sepanjang tempoh itu juga saya ada membuat beberapa 'iklan promosi' tentang trick c3lcom panas yang power. Ramai juga la yang bertanya bila saya nak bagi 'buah tangan' tersebut dan ada juga yang bagi cadangan supaya saya lebih low profile sikit. Setelah berfikir panjang, saya telah putuskan untuk terima kedua2 cadangan itu dengan membuat post yang medium profile je..hehe. Bagi blogger baru mcm saya, 'low profile' bukanlah pilihan terbaik.