IKLAN

Friday, 21 September 2012

CARA-CARA ROOT SAMSUNG GALAXY MINI 2

Samsung Galaxy Mini 2 yang dilancarkan beberapa bulan lepas adalah handphone bajet dengan spec yang best. Ia jauh lebih baik daripada samsung Galaxy Young yang dilancarkan pada pertengahan tahun 2011 yang lepas. Saya pasti handphone ni akan menjadi 'femes' sebab harganya yang murah ditambah pulak dengan hardware yang boleh tahan hebatnya untuk handset sekelasnya.


Pada kali ni saya akan tunjukkan korang cara macam mana nak menjahanankan warranti Galaxy mini 2 korang tu dengan men'root' handphone ni. Jangan tanya sebab apa nak kena root? apa kesannya? apa yang bestnya? kenapa harga gula naik? kenapa harga sekerap jatuh? dan segala mak nenek lagi. Kalau nak root handphone mahal korang tu mesti ada sebabnya, betul tak?.

Ok, malas nak berleter panjang, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk proses 'bercucuk tanam' ni.

1) Handphone Samsung Galaxy Mini 2(Kalau korang  guna Nokia 3310, sila dermakan kat saya)
2) PC @ LAPTOP. Memang wajib. Kalau takda, sila pinjam kat member2 yang baik hati.
3) Seguni software Odin3(saya guna v1.85). Sila cilok kat sini.
4) Selonggok software Rootme. Pun boleh cilok sini.
5) Sejemput file clockworkmod-jena.5.2.0.8.tar.md5. Sila rembat sini.
5) Hati kering(paling penting!!)  

Untuk bercucuk tanam, korang perlukan 'tanah' yang subur. Tanah yang subur pulak perlukan usaha keras dan  tahap kesabaran yang tinggi. Untuk tu, korang ikut step2 dibawah dengan betul.

A)PHONE PREPARATION
Langkah pertama, sila 'prepare'kan handphone korang ke 'download mode'. Caranya, offkan handphone pastu tekan butang [Home + Volume Down + Power] serentak. Korang tekan butang tu sampai keluar macam gambar kat bawah;

Pastikan korang dah Offkan Phone dulu baru tekan tiga2 button tu.
 Lepas dah keluar mesej 'Warning!!' tu, jangan korang nangis pulak..cool man. Korang tekan je butang volume up untuk 'continue'


Haa..sekarang handphone korang dah dalam download mode.

B)PC PREPARATION
Korang bukak pc @ laptop, dan buka software Odin3 tadi(lebih afdal rasanya kalau dijalankan dalam Administrator Mode)


 bukak file "odin3 v1.85.exe";


click button PDA dan insert file 'clockworkmod-jena.5.2.0.8.tar.md5' yang korang download tadi.


 Sambungkan usb cable ke handphone yang tengah dalam 'download mode' tu..


..selepas usb cable disambung ke pc, En. Odin akan segera detect phone korang tu(kadang2 korang kena install usb phone driver dari samsung dulu kat pc..so pastikan driver dah diinstall dulu bebelum buat root ni). Semua dah ok, korang click je la butang 'Start' tu dan biar beliau buat semua kerja. Handphone korang akan restart dengan sendirinya. Woila..sekarang korang dah install clockworkmod kat handphone korang. NANTI DULU!!.. tak siap lagi.

C)ROOTING PHONE
Akhirnya..sampai pun ke step akhir iaitu rooting phone. Nak root, sila pergi ke 'Recovery mode'. Caranya offkan phone dan tekan butang [HOME + Volume up + Volume down + Power] serentak sampai keluar text samsung kat phone korang.
Ni la rupa clockworkmod yang korang penat2  buat kat  step A & B tadi..
Sekarang sambungkan cable usb phone ke PC dan bukak software ROOTME kat PC.(sila unzip dulu file Rootme tu). Biarkan phone dalam recovery mode.


bukak file 'runme.bat' dan biar proses berjalan automatik sampai keluar mesej "press any key to continue..."


Lepas rootme siap 'bekerja', korang pun boleh cabut cable usb kat phone dan reboot phone korang tu. Select je 'Reboot system now' dengan guna button volume up & volume down dan accept dengan button Home..phone korang dah reboot.


bukak Galaxy mini 2 korang dan cari file 'Superuser'. Kalau ada..congratulation!! korang dah berjaya menjadi  'petani moden'..hehe


P/S:buat segala kegiatan tak bermoral ni diatas tanggungan sendiri. Brok3ncircuit.blogspot mati2 takkan bertanggungjawab.
p/s2:sorry..gambar kurang stim..Entah kenapa kamera 31.5M/P dengan flash lampu kalimantan berserta 100x optical zoom  handphone Xperia X8 legend saya macam taknak bekerjasama je..cheh.


Sila komen jika korang ada masalah selain masalah duit kat sini..peace.





9 comments:

  1. cara root ni bleh buat kat samsung W tak?

    ReplyDelete
  2. very nice ideals der
    good job
    thanks a lot
    -=-ajib jb-=-

    ReplyDelete
  3. kenapa nnti dia kuar mcm ni

    --- pushing busybox
    error: device not found
    --- correcting permissions
    error: device not found
    --- remounting /system
    error: device not found
    --- copying busybox to /system/xbin/
    error: device not found
    --- correcting ownership
    error: device not found
    --- correcting permissions
    error: device not found
    --- installing busybox
    error: device not found
    error: device not found
    --- pushing SU binary
    error: device not found
    --- correcting ownership
    error: device not found
    --- correcting permissions
    error: device not found
    --- correcting symlinks
    error: device not found
    error: device not found
    --- pushing Superuser app
    error: device not found
    ALL DONE!!!
    Press any key to continue . . .

    ReplyDelete
  4. Install samsung kies

    ReplyDelete
  5. mantap mzter..tp bg pengguna sony ericsson xperia xde ke..

    ReplyDelete
  6. root untuk xperia miro xde ke

    ReplyDelete
  7. boleh xguna cara nie utk format hp galaxy mini?

    ReplyDelete
  8. kalau pakai Odin3 v3.04 boleh x?

    ReplyDelete
  9. There's a chance you're qualified to get a Samsung Galaxy S8.

    ReplyDelete