IKLAN

Tuesday 4 September 2012

CARA MASUKKAN PROXY SERVER DIDALAM MICROEMULATOR

Wahai pengunjung blog sekalian, ketahuilah bahawasanya apa yang akan korang baca dibawah merupakan paparan yang mengandungi kandungan 18XL. Oleh itu, orang-orang cacat penglihatan, bayi-bayi dibawah 2 bulan, ibu-ibu mengandung 10 bulan dan pelajar-pelajar sekolah yang baru nak ambik PMR dan SPM dinasihatkan supaya tidak membaca post ini..demi masa depan korang. You've been warned!.



Pada post-post yang lepas, saya ada membuat tutorial tentang cara menggunakan operamini di pc dengan menggunakan software Microemulator. Maka ramailah yang berebut-rebut nak belajar tentang cara tersebut(ye ke?).

Apa, korang tak tau apa tu Microemulator? Nampak sangat korang tak baca post saya sebelum ni..hmm. Ok, microemulator merupakan software percuma yang dibangunkan sebagai  Java 2 Micro Edition (J2ME). Antara lain membolehkan korang menggunakan sofware berasaskan format java (.jar) kedalam pc microsoft korang, jelas?.

Ok, kat sini saya akan tunjukkan cara nak masukkan proxy server tu. Cara-caranya 

1)Pastikan korang dah buka microemulator dan masukkan software idaman korang. Tengok post sebelum ni kalau tak tau. Kat sini saya gunakan operamini sebab mudah nak apply(alah..memang ni pun yang korang cari kan?). Dah siap masukkan, sekarang install operamini tu. Yang ni buat time offline pun takpa sebab cuma nak wujudkan config file microemulator je. 

2)Pastu tutup microemulator korang dan pergi ke  C:USERS/ACCOUNT KORANG/.micremulator/. Kat situ nanti akan ada file 'config2.xml'.


Buka file tu guna notepad(saya gunakan notepad++ sebab mudah).


 sekarang korang scroll down sampai jumpa macam gambar diatas. Insert code ni;


<system-properties>
<system-property VALUE="82.145.209.253" NAME="http.proxyHost"/>
<system-property VALUE="80" NAME="http.proxyPort"/>
<system-property VALUE="localhost" NAME="http.nonProxyHosts"/>
</system-properties>


Text merah tu adalah proxy server dan port yang korang boleh masukkan.



kalau buat dengan betul ia akan jadi macam gambar diatas. Saya suggest korang guna notepad++ ni sebab dia boleh baca code .xml dengan baik dan coding error boleh dibetulkan dengan mudah. Dah siap, sekarang savekan file tu dan buka semula operamini korang. Enjoy.

p/s: Kan saya dah kata, info ni tak sesuai untuk bayi, ibu mengandung dan pelajar2 sekolah sebab ilmu yang korang dapat ni takkan masuk PMR jauh sekali SPM, jadi tak payah la pening2 kepala memikirkannya. Baik fokus kat exam yang dah dekat tu.. Teringat cerita Madagasgar "U don't see anything" ..hehehe.


Sila tinggalkan 'pesanan' kalau ada yang korang tak faham.




2 comments:

  1. Untuk on9..perlu pasang cable ke antara pc n henfon?

    ReplyDelete
  2. mcm mana cara jika pakai socks5?

    ReplyDelete