IKLAN

Tuesday, 31 July 2012

CARA GUNA OPERA MINI DI PC


 Opera mini adalah pelayar internet yang direka kursus untuk platform handphone dan smartphone. Bermula daripada versi kelima, ia telah mula diperluaskan kepada aplikasi2 lain seperti android, bada, iphone symbian dan Windows mobile.

Opera mini berasal daripada pelayar web opera yang telah mula digunakan di komputer  sejak tahun 1996 lagi. Keperluan dan kemajuan teknologi handphone telah menyebabkan permintaan terhadap pelayar web ini meningkat terutamanya untuk kegunaan gajet yang lebih kecil. Hasil daripada kajian dan pembangunan selama hampir setahun, ia akhirnya dikeluarkan secara rasminya pada 24 Januari 2006.

Kelebihan operamini terletak pada paparan screennya yang yang hampir menyamai pelayar web di komputer seperti Firefox dan Internet Explorer. Selain itu, file yang terhasil dari pelayar web ini jugak lebih kecil saiznya.

Tapi, tahukan korang yang opera mini ni juga boleh digunakan di komputer? Mesti ramai tertanya2 kenapa nak guna operamini padahal kan dan ada opera browser untuk pc? Jawapannya adalah speed & saving. Operamini lebih pantas 'meloading' page sebab datanya amat kecil dan mestilah terbaik untuk kegunaan kaki2 facebook yang takdak bujet nak beli berokband mahal2..betul tak?

Software yang korang perukan adalah
a)Microemulator. Boleh download di sini.
b)Operamini. Mestilah daripada format java (.jar) bukannya .apk. Ada di sini.
c)Java Runtime Environment (JRE) . Download kat sini.

Jangan risau korang tak perlu bayar juta2 untuk software ni, semua free.

Perkara pertama yang korang perlu buat adalah install JRE dulu kt pc korang. Selalunya pengguna windows 7 dah ada function ni. Lepas dah siap download, baru korang boleh buka microemulator sebab dia cuma support java.

Lepas dah siap download, sekarang korang 'unzipkan' file microemulator tu dan akan keluar macam kat bawah;

Double click ke file microemulator.jar. Kalau korang install JRE dengan elok, patutnya akan keluar macam gambar bawah;

  Jangan risau, saya takkan benarkan korang guna interface yg maha hodoh ni. Pergi ke option>select device...

 Sekarang akan keluar macam screen atas, just select macam dalam gambar tu..
 
 Haa..kan dah senonoh sikit interface dia. 

 Ok, untuk buka operamini korang pergi ke File>open MIDlet file...

..dan pilih operamini.jar yg korang dah download tadi.


 ..akan keluar macam gambar diatas, sekarang korang pilih je 'opera mini' dan klick 'Start'

 ok siap, sekarang korang dah boleh guna opera mini kat pc. NANTI DULU..kalau setakat nak buka facebook & email, dan download hentai bukan cita2 korang..maka korang boleh stop setakat ni.



Kalau korang kaki download, sila terus baca..hehe

Untuk memboleh kan korang download file guna operamini, beberapa modiifikasi perlu dibuat. Tutup microemulator tu & buat shortcut untuk 'microemulator.jar' di folder tu.



Selepas dah buat shortcut, korang right click sekali lagi & pilih 'properties'

 Akan keluar message box seperti diatas, Pergi ke bahagian 'Target' dan padam semua yg ditulis tu. Korang tulis balik seperti berikut:

Pengguna windows 32bit

C:\WINDOWS\system32\java.exe -cp microemulator.jar;lib/microemu-jsr-75.jar org.microemu.app.Main --impl org.microemu.cldc.file.FileSystem org.microemu.examples.fcview.FCViewMIDlet apps\mini.jad

Pengguna windows 64bit

C:\WINDOWS\SysWOW64\java.exe -cp microemulator.jar;lib/microemu-jsr-75.jar org.microemu.app.Main --impl org.microemu.cldc.file.FileSystem org.microemu.examples.fcview.FCViewMIDlet apps\mini.jad

'Savekan'.. pastu pergi bukak operamini gunakan shortcut tu.

Woilaa..sekarang icon download yang menjadi impian korang dah ada..enjoy.

Oh ya, file yang korang download akan tersimpan kat;

C:USERS/ACCOUNT KORANG/.micremulator/filesystem/c@d/

Ni untuk pengguna windows vista & 7, untuk windows xp, lupa la plak, pandai2 la korang godek. Yang tulisan merah bold tu bergantung kepada drive mana windows diformat dan nama account windows korang.

Silalah 'Share' kalau anda suka post detail serta panjang lebar ni. Peace.





6 comments:

  1. knpe . Ble dh download gune opera tx bley ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang tak boleh tu? tolong detail skit..

      Delete
  2. knape bila sy download fail 35 mb cuma dpt 2 kb je master? x ble download ke?

    ReplyDelete
  3. dah try , mmg bole cuma time nak teruskan part utk download tuh , xbole nak masukkan code ke dlm target :( huhu

    ReplyDelete
  4. trik donlot tu xlepas lak huhu xkua pn button donlot :(

    ReplyDelete
  5. Kene on9 gune ape

    ReplyDelete