IKLAN

Saturday 21 July 2012

RANKING HANDPHONE APRIL 2012



Kalau dalam post-post sebelum ni asyik buat artikel pasal komputer saja, sekarang saya nak buat post tentang handphone pula. Kena la dengan tema blog ni iaitu blog komputer dan handphone. Kali ni kita akan melihar tantang rangking handphone di seluruh dunia sehingga akhir april 2012. Tapi perlu diingat, ini tak bermakna hanya handphone yang dikeluarkan pada tahun 2012 sahaja yang termasuk didalam rangking ini sebab ada juga dari tahun 2011 yang termasuk. Data dari rangking ni saya ambil daripada laman web PCworld.com. 

1) HTC ONE S


Handphone yg power bagi kaki main game android dan fungsi multimedia seperti video and audio. Menggunakan Screen SUPER AMOLED 4.3 inci, memang cantik la paparan kat screennya. Handphone ni juga didatangkan dgn memori dalaman sebanyak 16gb and 1gb ram. Memang takda lag la kalau main game guna handset ni. Ia juga menggunakan processer jenis Krait 1.5ghz. Sistem operasi yang digunakan adalah android 4.0 (Ice cream Sandwich) dan boleh upgrade ke 4.1.


2)SAMSUNG GALAXY NEXUS

Handphone android terbaik sebelum HTC ONE S muncul. Dengan keupayaan cpu Dual-core 1.2 GHz Cortex-A9 ditambah pula dengan gpu PowerVR SGX540, handphone ni memang jaguh masa dilancarkan pada hujung tahun 2011. Kelemahannya cuma kamera 5mp dan kapasiti memori yg terhad.


3)HTC REZOUND

Lebih dikenali sebagai HTC Droid Incredible HD. Tak keluar kat Malaysia pun handphone ni sebab tak support GSM network.

4)T-MOBILE MYTOUCH 4G SLIDE

Mengikut review daripada PCworld.com, kelebihan handphone ni terletak kepada keupayaan kameranya serta tool-tool menarik yg disediakan oleh pengeluarnya. Masih lagi menggunakan sistem operasi android 2.3.7(Gingerbread), ia dijana oleh cpu Dual-core 1.2 GHz Scorpion.


5)HTC EVO 4G LTE

Satu lagi handset yg takkan korang jumpa kat Malaysia ni sebab cuma support line CDMA & LTE.  Ia menggunakan cpu yg sama seperti HTC ONE S iaitu jenis Krait 1.5ghz.

Rasanya itu je la yg boleh saya tulis setakat ni, nak gi makan sahur plak. Klau nak tau rangking selebihnya silalah melawat ke sini.


Kredit kepada Pcworld.com dan juga Gsmarena.