IKLAN

Friday 27 July 2012

TRICK YOUTUBE POWER DI PC


Lebih kurang seminggu lepas saya ada membuat post tentang 'trick bbnet di pc' yang mana saya percaya telah melonjakkan jumlah pengunjung di blog ni dengan cara yang mendadak. Selepas dari itu, post-post saya lebih kepada tip atau trick 'suam-suam kuku saja'.
Sepanjang tempoh itu juga saya ada membuat beberapa 'iklan promosi' tentang trick c3lcom panas yang power. Ramai juga la yang bertanya bila saya nak bagi 'buah tangan' tersebut dan ada juga yang bagi cadangan supaya saya lebih low profile sikit. Setelah berfikir panjang, saya telah putuskan untuk terima kedua2 cadangan itu dengan membuat post yang medium profile je..hehe. Bagi blogger baru mcm saya, 'low profile' bukanlah pilihan terbaik.
Ok, tanpa kita berlengah lagi mari kita tengok bahan-bahan yang diperlukan oleh chef-chef sekalian untuk memasak menu "trick youtube tak percuma di pc" ni.  (Ya, ini bukanlah post nak kelentong korang sebab mana ada benda percuma lagi skrang ni ye tak? Komputer, kad sim, handphone, usb modem malahan nak berak pun kena bayar beb).

Bahan-bahan
1)Secepis Kad sim c3lcom
Line mesti hidup lagi dan kredit mesti ada RM10 juta (takkan nak cakap kredit 0.00 kot, nanti korang cakap trick free plak). Kalau nak aktifkan simkad setahun sini ada caranya.

2)Seketul Usb modem
Nak unlock modem korang sila kesini.

3)Selonggok Komputer @ Laptop
Sila bagitau saya kalau ada yang reti gunakan TV korang sebagai komputer, saya nak buat post.

4)Segulung cita-cita untuk menjadi chef
Kalau korang lebih suka repair kasut, sini bukan tempatnya :)

Selepas bahan-bahan masakan tadi dah siap, terus korang masukkan sim kad RM10 juta korang dalam modem dan cucuk ke pc korang. Sila baca post2 sebelum ni kalau tu pun korang tak tau.

1) Setting APN di komputer.
kalau sebelum ni saya dah ajar cara untuk set apn BBNET, sekarang saya ajarkan pula cara set apn CELCOM3G.
 dashboard Telstra saya yang tak seberapa..

 pergi ke 'Setting' dan klik 'add'

 akan keluar blank massage box..

 isi sebijik macam diatas. 'Config name' tu nak tulis apa2 pn takpa. Lepas siap, klik 'ok'.

 pastikan korang set setting tu sebagai 'default'.

Dah siap, connect la dashboard korang tu.. Tak habis lagi la, sia2 je korang bukak youtube sekarang.


2)Dah siap 'lauk' tadi, sekarang korang perlu sediakan pulak nasik yang berkualiti. Nasi bukan sebarang nasi ok, korang kena guna brasmati yang panjang dan mahal tu..hehe. Sebab saya takda duit, saya terpaksa guna firefox saja. Set proxy firefox korang kepada 208.77.23.4 dengan port 80. cara nak set proxy firefox, seperti dibawah;

 Klik Firefox>option>option..

 akan keluar tab baru. just pilih Advanced>network>setting

Setkan 'proxy' korang seperti gambar diatas. Kalau korang tak mau guna lagi, sila setkan balik kepada 'Auto-detect proxy setting for this network'. Jgn lupa klik 'ok' selepas siap setting.


3) Lepas dah siap, sekarang korang bolehla makan 'hidangan' tadi. Buka balik firefox korang dan taip kod ni http://mms.celcom.net.my.208.77.23.4/ . Pastikan korang tulis sebijik2 ayat biru tu. Pastu tekan la butang 'enter'..


Demi kemakmuran sejagat, saya takkan upload gambar yg muncul selepas korang tekan butang 'berhantu' tu. Cukupla kalau saya katakan korang akan dibawa ke neraka dunia..hehe. Korang klik je gambar youtube di situ ..enjoy.


Ni la hasil daripada 'masakan' korang tadi(kalau jadi la). Bukti yang ni adalah video youtube dari trick, korang boleh tengok kt 'address bar' tu.. Jangan terpedaya dengan ayat "takde buffer pun" tu sebab saya cuba trick ni di waktu pagi selepas sahur dan mungkin line c3lcom ok kot waktu ni. Alahai, brokband berbayar RM98 ringit saya pn sangkut2 jugak, inikan pulak trick RM10 juta, tak gitu?


p/s:asalnya saya nak post selepas buka posa, tapi blogger plak buat pasal tak bagi upload gambar. Puas jugak la nk cari solutionnya. Ada hikmahnya tu, sekurang2 saya dah ada bahan nak post cara fix problem takleh upload gambar kt blog..hehehe


Silalah 'share' kalau suka trick RM10 juta ni..