IKLAN

Friday, 16 November 2012

BYPASS DOWNLOAD TIMER DENGAN OPERAMINI

Opera mini memang browser yang best. Tak salah kalau saya katakan yang opera mini ni dicipta untuk orang-orang yang tak cukup bajet. Dah la ringan, ada Interface yang simple dan mudah digunakan dan paling best sekali sebab boleh buat trick internet free..hehe. Memang tak dinafikan browser lain pun boleh buat trick internet percuma, tapi takda yang mampu mengalahkan browser ni.   


Bagi kaki-kaki download, kerap kali korang akan terjumpa dengan link-link yang ada timer macam Adf.ly, Linkbuck.com & Adfoc.us dan korang perlu tunggu beberapa saat supaya dapat skip timer tu. Bagi browser kat PC mahupun browser bumi, hal ni takda masalah, tapi akan menjadi masalah besar kalau guna operamini sebab timer tu takkan bergerak. 

Tahu tak sebenarnya korang boleh bypass timer tu dengan menggunakan operamini. Korang cuma perlu taipkan je code javascript yang simple kat link address bar operamini.. 

Pastikan taip kat address bar & bukan kat google search bar.

Codenya adalah; javascript:showskip();


dan tekan 'enter'



Sekarang link 'skip' patut dah kelihatan. Siap.


p/s; simple je trick ni. Klau susah sangat nak ingat JavaScript tu, buat la bookmark atau copy kat note..hehe. Oyasuminasai.