Manusia dilahirkan dengan pelbagai sifat dan citarasa yang berbeza, ada yang suka membela binatang, ada yang suka kumpul setem dan ada pulak yang suka kumpul seluar dalam..hehe. Saya sendiri adalah penggemar anime, manga dan kaki main game yang tegar, jadi kalau berkesempatan, memang selalu habiskan masa dengan bermain game. Kalau blog lambat update, memang ada la anime/manga ataupun game-game baru yang saya tengah layan(alasan seorang pemalas..hehe).
Bercakap tentang game, pernah tak korang bermain game tak kisahlah di PC, PS2/PS3 mahupun Xbox dengan manggunakan trainer ataupun cheat? Apa, tak pernah? nampak sangat menipunya..hehe. Pada kali ni saya akan kongsikan dengan korang tentang cara-cara macam nak buat cheat/trainer yang simple dengan menggunakan software Cheat engine.
Apa yang korang perlukan adalah;
1)Software Cheat Engine(En. Google sedia membantu)
2)PC Games
Pada asalnya saya nak menggunakan game pinball saja sebagai sampel, tapi entah macam mana, Windows 7 maha dewa ni takda pulak game tu. So, saya terpaksalah menggunakan game yang lebih advanced iaitu Ghost Recond Future Soldier. Untuk game ni, saya akan buatkan cheat supaya peluru takkan habis(full ammo).
Caranya,
Buka game kegemaran korang, dan mainkan game tu kemudian 'pause'. Tengok di bahagian ammo, ada tak ditulis bilangan peluru? Sesetengah game tak ditulis, contohnya macam game Ghost Recond ni. Yang jenis ni, sila kira peluru tu..
Perhatikan ada 14 peluru yang tinggal. |
Sekarang Minimize game tu dan buka Cheat Engine. Selalunya korang boleh minimize dengan tekan kombinasi Tab+Alt di keyboard.
Selepas buka Cheat Engine, click di icon 'komputer' macam gambar diatas dan akan muncul 'message box' macam gambar dibawah.
Di 'message box' tu, cari game yang korang tengah mainkan tu. Double click di game tu dan masukkan nilai peluru tadi. Contohnya, 14 dan click 'First Scan'..
Akan keluar beribu senarai berdasarkan nilai yang korang masukkan tadi. Di sinilah cabaran bermula, korang mesti cari mana satu adalah nilai peluru. oleh itu, korang kena tapis supaya senarai tadi menjadi sikit.
Nilai peluru telah berubah kepada 13 |
Selepas tu, click 'Next Scan'..
Perhatikan senarai yang beribu tadi telah turun dengan mendadak. Ulang proses yang sama sehingga korang cuma dapat 2 atau 3 nilai sahaja (kalau dapat satu lagi bagus)
Tick dibahagian 'Frozen' dan double click di bahaian 'value'. Message box macam gambar atas akan keluar. masukkan nilai peluru yang korang nak.
peluru full walaupun ditembak banyak kali. |
Sile komen kalau ada yang tak faham..
P/s: Tak semua game boleh guna cara ni.
kat games top eleven dan war commander blh.kdua2 nya games fb
ReplyDelete