IKLAN

Sunday 25 November 2012

CARA EDIT FILE ANDROID


Bagi pengguna handphone java atau symbian, korang agak beruntung sebab ada banyak tools untuk edit file-file berformat tersebut. Tetapi bagi pengguna android pula, masih tak banyak software yang boleh digunakan untuk edit format apk ni. Kalau ada pun, sama ada asyik 'crash' ataupun yang takda GUI(Graphical User Interface) iaitu dalam bentuk CMD. Bagi sesiapa yang tahu pasal programming bolehlah guna tapi yang newbie macam saya ni, 'merangkak' la jawabnya.

Ok, pada post kali ni, saya akan tunjukkan macam mana nak dicompile dan compile semula file beformat .apk ni. Bagi yang tertanya-tanya kenapa nak edit file tu, rasanya korang dah tersilap baca blog ni..hehe. Tujuannya samada nak edit file .apk sedia ada contohya tukar ikon, filename, interface, tukar'ahem'server dan disamping tu boleh jugak la korang belajar sikit-sikit tentang file android ni.

Tools yang korang perlukan adalah APK Manager. Yang ni boleh didownload kat sini. Pastikan juga korang ada Java runtime Environment diinstall ke PC, kalau tak memang tak jalan.


Unzipkan file tu dan letakkan file .apk korang kat folder 'place-apk-here-for-modding'.


Pastikan file .apk korang tu takda 'space', kalau tak, sampai kesudah pun tak leh nak decompile. Apa, tak tahu macam mana nak dapatkan file .apk? Memang nak kena tarbiah la korang ni. Ada dua cara nak dapatkan file tu, yang pertama melalui Google play di pc dan keduanya melalui handphone android. Jengah-jengah la post tu.

A)DECOMPILED FILE

Decompile adalah proses 'menbogelkan' sesuatu file. Buka file 'Script.bat' kat folder yang korang unzip tadi dan 'command prompt' macam gambar dibawah akan keluar.



Sekarang masukkan nombor '22' untuk mulakan project korang.


Pilih daripada list file yang korang nak 'bogelkan'. Inilah file yang disimpan kat folder 'place-apk-here-for-modding' tadi. INGAT, Command prompt tak boleh baca kalau file ada 'space'. Pastu tekan 'Enter'.


Sekarang masukkan nombor '9' untuk mulakan proses decompile. Tekan 'Enter'. Proses decompiling akan berjalan beberapa saat sampailah mesej "Please make your decision:" keluar. Minimizekan Command prompt(Ingat, jangan tutup, kalau tak kena ulang dari proses pertama). Pergi ke folder 'projects', file yang dah didecompile tadi ada di situ.


Korang boleh edit file2 .smali dengan notepad.


B)COMPILED FILE

Proses compile ataupun dalam bahasa mudah, nak pakaikan semula 'pakaian' kepada file android yang dah 'dibogelkan tadi. Ia semudah ABC. Maximizekan semula command prompt yang dah korang minimize tadi(korang tak tutup lagi kan?) dan masukkan nombor '11' iaitu option untuk compile apk.



Dua mesej 'pertanyaan' akan keluar, cuma masukkan 'Y' sahaja dan tunggu beberapa saat sampai mesej "Please make your decision:" keluar ..woila, dah siap. File apk yang baru dicompiled boleh ditemui kat folder 'place-apk-here-for-modding'.




    Semoga berjaya.

p/s: komen korang adalah umpama kayu yang membakar api semangat untuk terus menulis...chewah.


1 comment:

  1. slm.. nk tanya cara ni bleh modding operamini x? klu bleh, tunjukkan caranya bro..tq

    ReplyDelete