IKLAN

Thursday 22 November 2012

RENAME MULTIPLE FILE SERENTAK MACAM PRO

Kadang-kadang, kita akan menghadapi situasi dimana harddisk dipenuhi dengan file-file yang tak bernama ataupun yang disusun secara membabi-buta tanpa dibagi nama yang senang diingati. Tugas nak 'merename' file-file tu pulak memang leceh kena pulak kalau ada beribu-ribu file tak kiralah samada file gambar ataupun video.


Sebenarnya kalau korang guna windows, korang boleh rename je file-file tu dengan select semua file(Ctrl+A) dan click F1. Tapi nama file yang baru akan diakhiri dengan (1), (2), (3) dan seterusnya. Kalau korang boleh terima nama file yang tak senonoh ni, lantaklah. Tapi kalau korang nak gambar-gambar yang ada nama yang elegen dan lebih professional, sila teruskan membaca.

Apa yang korang perlukan adalah software bernama Bulk Rename Utilities(BRU). Software ni boleh diambil kat sini. Pastikan korang ambik ikut system windows, samada 32bit atau 64 bit.

Contoh file-file gambar asal

Lepas dah install, software tu boleh dibuka dengan right click kat folder file-file korang tadi.


Bagi pengguna windows 64 bit yang install BRU 32bit, takda hal pun cuma link BRU macam gambar diatas takkan muncul kalau korang right click folder yang ada file-file gambar. Korang juga boleh buka terus file BRU tu dan cari sendiri folder yang dikehendaki.

Folder yang dah dibuka akan jadi macam image dibawah. Lokasi file/folder disebelah kiri atas dan senarai file-file disebelah kanan atas. Tengok, ada senarai file asal dan file baru(berubah bile dan direname)


Untuk tugas seterusnya, masukkan nama baru yang korang nak kat bahagian 'Add (7)'. Contohnya saya masukkan nama "Bleach c306_" kat kotak 'Prefix' tu.


Nama baru file korang akan segera dihasilkan tapi masih caca merba dan tak senonoh lagi. Korang kena 'adjust' sikit kat bahagian 'Numbering(10)'. Bahagian ni penting sebab akan memberikan nombor-nombor kepada setiap file tu.



Ada 3 tempat yang korang kena ubah;

A) "at"=akan pastikan kat mana numbering tu berada. Digalakkan korang masukkan nombor sebanyak mungkin untuk pastikan number sentiasa ada kat penghujung nama. Saya galakkan 150 keatas.
B) "Start"=tentukan permulaan nombor. Kalau korang masukkan '2', numbering file-file korang akan bermula daripada 2,3,4 dan seterusnya.
C) "Pad"=tentukan digit numbering. Contohnya 01, 001, 0001. Kalau file ada beribu, baik masukkan '4' supaya dapat rename sampai 9999 file.

Satu lagi tempat yang korang kena ubah adalah dibahagian 'Remove(5)'. Cuma setkan di 'Last n' kepada nombor yang sebanyak mungkin. Saya galakkan 150 keatas.


Cuba tengok nama baru file korang, boleh terima sikit? Kalau ok, bolehlah 'Rename'.


Dibahagian 'New Location(13)', PASTIKAN KORANG TICK 'Copy not Move'. Ini untuk pastikan file-file lama tak hilang selepas direname. Click di '...' (browse) untuk pilih lokasi nak simpan file yang dah direname tu.


'Mesage box' akan muncul. Pilih lokasi..click 'Ok'. Click 'Rename'... Siap.


Nama file-file baru

Secara 'default', BRU akan reset kepada kepada keadaan asal setiap kali korang buka BRU..kan penat nak masukkan setting sekali lagi? Untuk memudahkan setting pada masa depan, korang juga boleh 'Save' setting yang dah dibuat dan tetapkan supaya BRU simpan setting setiap kali korang 'Exit'.




Mungkin nampak susah pada mulanya tapi percayalah, lama-lama ia akan jadi lebih senang..hehe.

Sila 'like' kalau korang suka post ni dan komen kalau ada yang tak faham..sekian.