IKLAN

Monday, 12 November 2012

SKIP ADS YANG ANNOYING DENGAN GOOGLE CHROME


Pernah tak korang mendownload tak kira la movie, games atau hentai sekalipun dalam kuantiti yang banyak, maksudnya bila file tu dah terlampau besar, so terpaksa la dipecah-pecahkan kepada saiz yang kecil. Selalunya terjadi kalau korang download kat Mediafire, Rapidshare, Zippyshare dan lain-lain lagi.

Mesti korang akan selalu jumpa url shortening service macam adfoc.us, Linkbucks.com, Adf.ly dan macam-macam mak nenek lagi. Memang la kita faham, service ni digunakan oleh uploader sebagai sumber buat duit mereka, tapi kalau tiap-tiap link download ada saja url shortening service ni, mesti la menyampah gila sebab nak kena tunggu 5 ke 6 saat untuk skip timer tu. 

Bagi penguna Google Chrome, korang boleh tarik nafas lega sebab dah ada penyelesaian bagi masalah ni. Korang cuma perlu download Extensions Adskip daripada Chrome Web Store dan siap, just plug n play je orang cakap.

Bagi yang blur lagi, Chrome Web Store boleh diakses dengan menekan tombol 'new tab' pada Google Chrome.

 Kemudian, cari file 'adskip' dan install.



 Entah kenapa, beberapa hari ni saya tak dapat nak akses Chrome Web Store, loading memanjang. Korang boleh cari je terus extensions ni dari google. Dah dapat, install. Selalunya plugins Google Chrome ni korang tak payah restart, terus akan aktif.

Pastikan korang 'enable' extensions tadi. Korang boleh tengok kat Settings/Extensions



Pastikan korang 'tick' dibahagian 'enabled' tu..siap. Cuba la korang buka download link yang ada adf.ly atau adfoc.us, tengok dia skip tak macam gambar dibawah. Kalau dia masih tak skip, cuba korang restart Chrome.


 Kalau dah boleh, congratulation!! Lepas ni boleh la korang download sepuas-puasnya tanpa gangguan lagi..hehe.

  


1 comment:

  1. Did you know that you can shorten your long links with AdFly and make dollars from every visitor to your shortened links.

    ReplyDelete