IKLAN

Showing posts with label off topic. Show all posts
Showing posts with label off topic. Show all posts

Monday, 23 July 2012

SESI PEMANAS ENJIN



Selepas dua hari tak buat post baru, bila nak start menaip balik dah jadi malas, ibarat kereta yang habis minyak di jalan berbukit di kawasan pendalaman pada malam jumaat. Kena pulak kalau sengsorang je waktu tu, mesti cuak kan. Memang rasa berat je kereta tu sebab kena tolak sengsorang..hehe. Dah melalut pulak posting ni jadinya. Bukan apa, cuma saya nak gambarkan betapa susahnya nk menyambung balik menulis post baru terutamanya bagi pemalas yang baru lepas bukak puasa macam saya ni.

Sebelum tu saya nak berterima kasih dulu kepada sesiapa yang telah meninggalkan komen dan meng'like' (rosak lagi bahasa melayu) post-post sebelum ni. Komen-komen korang sebenarnya banyak membantu dalam menentukan post apa yang paling sesuai dan dicari-cari oleh pelawat seterusnya menentukan halatuju blog ini. Ada baiknya jugak kalau korang meng'share' post-post yang ada di sini untuk dikongsi dengan member2 korang. Kalau korang nak copy paste sebijik pn saya tak kisah tapi mestilah mintak kebenaran dulu dan dikreditkan ke blog ni.

Klau korang perasan, blog ni telah berubah 'wajah' daripada muka Neelofa tanpa mekap kepada Megan Fox dengan mekap..hehehe. Saya sebenarnya baru belajar buat blog, seminggu lepas langsung saya tak tau apa-apa pasal blog ni, so masih banyak la kekurangnya( belajar sendiri je beb, kesian).

lawa la pulak..

 jangan tengok lama2, batal pose nanti

Ok, rasanya dah cukup panas 'enjin' ni, bolehlah tulis post TRICK SMS FREE dengan tenang hati. Psst..bulan posa setan dah kena ikat, yg tinggal cuma orang je. Peace.

Wednesday, 18 July 2012

SALAM PENGENALAN

SALAM PENGENALAN

Salam satu malaysia. Saya adalah blogger yg baru berjinak2 dalam dunia pemblogeran ni, jadi diharap pembaca boleh "pejam sblah mata" la kalau ada yg terkurang dgn blog ni.

Tujuan saya menulis blog ni adalah untuk berkongsi serba sedikit pengetahuan dan pengalaman saya tentang dunia IT. Blog ini akan menfokuskan kepada aspek:

Komputer - Dari sebesar2 superkomputer hinggalah sekecik2 kalculator.

Networking- Saya taklah mahir sangat pasal networking ni sebenarnya cuma nk share sikit pengetahuan yg saya ada.

Handphone- Ya , 'komputer' yg memang menjadi kegilaan seluruh dunia. Dh makin kecik(atau besar?) dan cangih dah skrng ni.

Hardware & Software- 'organ' dan 'minda' sesebuah komputer. saya jgak akn review sofware2 yg berguna.

Terima kasih kerana sudi untuk mengunjungi blog ini. Semoga artikel-artikal dan catatan dalam blog ini akan memberi manfaat kepada anda