IKLAN

Tuesday, 31 July 2012

CARA GUNA OPERA MINI DI PC


 Opera mini adalah pelayar internet yang direka kursus untuk platform handphone dan smartphone. Bermula daripada versi kelima, ia telah mula diperluaskan kepada aplikasi2 lain seperti android, bada, iphone symbian dan Windows mobile.

Opera mini berasal daripada pelayar web opera yang telah mula digunakan di komputer  sejak tahun 1996 lagi. Keperluan dan kemajuan teknologi handphone telah menyebabkan permintaan terhadap pelayar web ini meningkat terutamanya untuk kegunaan gajet yang lebih kecil. Hasil daripada kajian dan pembangunan selama hampir setahun, ia akhirnya dikeluarkan secara rasminya pada 24 Januari 2006.

Saturday, 28 July 2012

FENOMENA HARGA HARD DISK

Pada awal tahun 2011, saya telah berkesempatan untuk membuat full upgrade komputer daripada menggunakan CPU celeron yang maha lembab tu kepada 'enjin' yang lebih gagah perkasa iaitu dari AMD Athlon X2 2.7ghz core. Memang terasa la perbezaan nya, bagaikan menukar dari kereta kancil 660 legend kepada Honda Civic type R lagaknya. Bagi penggemar PC games seperti saya, perubahan tu memang dinanti-nanti, kena pulak lepas disumbat dengan Graphic card baru dari ATI Radeon yang power tu..hehehe (ada peminat Geforce ke kat sini?).

Sebenarnya saya bukan nak ceritakan tentang betapa hebatnya pc saya ni, tetapi tentang harga hard disk yang melonjak naik sejak setahun lepas. Jika setahun lepas saya membeli hard disk 1TB dgn harga lebih kurang RM170 je, cuba korang check harganya skrg kat lowyatt ataupun PC Depot, boleh dapat bawah RM200?

Friday, 27 July 2012

TRICK YOUTUBE POWER DI PC


Lebih kurang seminggu lepas saya ada membuat post tentang 'trick bbnet di pc' yang mana saya percaya telah melonjakkan jumlah pengunjung di blog ni dengan cara yang mendadak. Selepas dari itu, post-post saya lebih kepada tip atau trick 'suam-suam kuku saja'.
Sepanjang tempoh itu juga saya ada membuat beberapa 'iklan promosi' tentang trick c3lcom panas yang power. Ramai juga la yang bertanya bila saya nak bagi 'buah tangan' tersebut dan ada juga yang bagi cadangan supaya saya lebih low profile sikit. Setelah berfikir panjang, saya telah putuskan untuk terima kedua2 cadangan itu dengan membuat post yang medium profile je..hehe. Bagi blogger baru mcm saya, 'low profile' bukanlah pilihan terbaik.

Thursday, 26 July 2012

TIPS JIMATKAN BATERI HANDPHONE ANDROID


Salam satu dunia kepada semua pengunjung blog Brokencircuit yang tak seberapa ni. Dah lama rasanya saya tak buat post baru(3 hari), maklumla terpaksa kerja. Terima kasih juga diucapkan kepada yang memberi komen dan bertanyakan itu dan ini. Saya cuba membalas setakat mana yang termampu dan kalau ada yang masih belum ada balasan tu mungkin saya terlepas pandang, sori.

Saya nak tanya, adakah anda tergolong dikalangan insan yang menggunakan handphone 'robot hijau' ataupun nama glamornya Android? jika begitu, tentu korang mempunyai masalah yang wajib dialami oleh segenap pengguna android ni iaitu masalah bateri cepat habis betul tak?.