Pada post-post yang lepas, saya ada membuat tutorial tentang cara menggunakan operamini di pc dengan menggunakan software Microemulator. Maka ramailah yang berebut-rebut nak belajar tentang cara tersebut(ye ke?).
IKLAN
Tuesday, 4 September 2012
CARA MASUKKAN PROXY SERVER DIDALAM MICROEMULATOR
Wahai pengunjung blog sekalian, ketahuilah bahawasanya apa yang akan korang baca dibawah merupakan paparan yang mengandungi kandungan 18XL. Oleh itu, orang-orang cacat penglihatan, bayi-bayi dibawah 2 bulan, ibu-ibu mengandung 10 bulan dan pelajar-pelajar sekolah yang baru nak ambik PMR dan SPM dinasihatkan supaya tidak membaca post ini..demi masa depan korang. You've been warned!.
Pada post-post yang lepas, saya ada membuat tutorial tentang cara menggunakan operamini di pc dengan menggunakan software Microemulator. Maka ramailah yang berebut-rebut nak belajar tentang cara tersebut(ye ke?).
Pada post-post yang lepas, saya ada membuat tutorial tentang cara menggunakan operamini di pc dengan menggunakan software Microemulator. Maka ramailah yang berebut-rebut nak belajar tentang cara tersebut(ye ke?).
Monday, 3 September 2012
CARA HENTIKAN NOTIFICATION FACEBOOK KE GMAIL
Facebook adalah rangkaian sosial yang diasaskan pada Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya. Sehingga kini, terdapat lebih 955 juta pengguna aktif diseluruh dunia dan kebanyakannya disebabkan peningkatan populariti smartphone.
Gmail adalah penyedia perkhidmatan mail elektronik(e-mail) yang diasaskan oleh Google. Ia dilancarkan pada tahun yang sama facebook dilancarkan iaitu 2004.
Sambal belacan pula adalah makanan pedas yang digemari rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur. Ia terdiri daripada cili, belacan, limau kasturi, garam dan kadang-kadang dimasukkan juga gula.
Tentu korang tertanya-tanya kenapa saya membuat senarai bodoh yang nampak takda kena-mengena dengan politik Malaysia ni. Dan kenapa pula sambal belacan perlu ditambah dengan gula dan garam padahal nanti hilang la pedasnya.
Saturday, 25 August 2012
INDUCTIVE COUPLING - TEKNOLOGI MASA DEPAN
Setahun lepas saya ada menonton sebuah filem bertajuk 'The Prestige' yang diterbitkan pada tahun 2006. Filem ni dibintangi oleh Christian Bale dan Hugh Jackman serta diarahkan oleh Christopher Nolan. Ia mengisahkan tentang persaingan dua orang sahabat didalam dunia silap mata yang akhirnya bertugar menjadi 'perang' antara keduanya. Cerita ni memang best sebab diarahkan oleh pengarah tersohor pada ketika ni.. alah, pengarah dan pelakon 'Dark Knight Rises' tu takkan korang tak kenal.
Apapun saya bukan nak buat review filem yang dah berkurun ditayangkan tetapi nak sentuh sikit tentang salah satu babak dalam filem tu. Dalam filem ni, watak Hugh Jackman berusaha nak mendapatkan silap mata yang canggih dan tak mampu ditiru oleh orang lain..dipendekkan cerita, dia telah ke Amerika untuk berjumpa dengan Nikola Tesla. Di sana dia telah dibawa ke suatu kawasan lapang bersalji oleh seorang pembantu Nikola. Untuk mendemonstrasikan ciptaan Nikola, pembantu tersebut talah mengambil sebiji mentol dan beberapa ketika kemudian, kesemua mentol di kawasan lapang tu termasuk yang ditangannya menyala walaupun tanpa sumber tenaga atau disambungkan dengan wayar.
Bila tengok babak ni, saya pada masa tu takda la rasa apa2 sebab filem hollywood memang suka membesar-besarkan cerita..sehinggalah beberapa minggu lepas. Secara kebetulan saya terjumpa satu video di Youtube yang telah membuka minda saya. Cuba tengok video dibawah:
Posted by
BrokenCircuit
at
05:41
INDUCTIVE COUPLING - TEKNOLOGI MASA DEPAN
2012-08-25T05:41:00-07:00
BrokenCircuit
handphone|pc|Teknologi|trick youtube|
Comments
Labels:
handphone,
pc,
Teknologi,
trick youtube
Thursday, 23 August 2012
BUAT DUIT DENGAN AUTOCLICK BOT - REALITY & FANTASI
"Auto Click Bot $5 a day easy"
"EARN $8 a day using AUTO CLICKER BOT"
"AdFoc.us, LinkBucks, Adf.ly AutoClicker - Earn up to 140$ - day ..."
Petikan diatas adalah ayat-ayat power yang sering keluar kalau korang bertanya pakcik google soalan tentang cara buat duit di internet. Saya sebenarnya secara kebetulan terjumpa istilah2 pelik ni semasa dalam proses 'webwalking'(apa2 jelah) beberapa hari lepas. Topik ni menarik perhatian saya sebab betul ke kita boleh buat duit secara automatik dengan hanya menggunakan software? Jangan tipulah, saya pasti korang pun mesti terbeliak jugak kalau terjumpa dengan keyword macam kat atas tu..betul tak. $140 sehari tu, biar betul?
Subscribe to:
Posts (Atom)



