IKLAN

Wednesday, 12 September 2012

TRICK CELCOM YOUTUBE DI PC PART 2

Salam satu benua semua. Rasanya macam dah jarang sangat saya update blog ni sejak kebelakangan ni. Mungkin saya patut tukar je tema blog ni kepada 'Blog Malas', sesuai dengan tuan punya blog. Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang sentiasa masuk ke blog ni walaupun jarang update. Jasa korang teramat tinggi nilainya disisi counter stat blog ni..hehe.


Sebelum ni saya ada membuat satu post tentang trick youtube di pc dan tak lama lepas tu trick tu dah tak boleh guna lagi. Tentu ramai yang dah tau trick tu sebenarnya adalah dari trick Sneakme.net yang cuma ditukar kepada ip numeric je. Ada juga komen yang bertanya samada TokCik Celcom dah block trick tu ke? Jawapannya, TIDAK. Sneakme.net sebenarnya dah 'tutup kedai' dan Celcom masih lagi pemurah dan jarang block trick-trick baru(horee kepada Celcom dan boo kepada Maxis!!).

SIMPAN FILE APK SELEPAS DOWNLOAD DARI GOOGLE PLAY

Google Play adalah salah satu applikasi yang memang wajib ada kalau korang menggunakan handphone ataupun tablet yang menyokong Operation System(OS) Android. Seperti mana Nokia dengan OVI nya dan Iphone dengan Apps Store nya, Google play mempunyai himpunan aplikasi-aplikasi yang cukup banyak sebab sesiapa saja dengan mudahnya boleh upload aplikasi diorang ke sini.


Tapi, masalah utama yang selalu berlaku kepada penguna-pengguna aplikasi 'pasar borong' ni adalah keupayaan untuk simpan file-file yang dah didownload tadi ke handphone diorang(ye la, kalau simpan senang sikit nak share dengan member2 dan boleh buat backup file kalau offline).

Tuesday, 4 September 2012

CARA MASUKKAN PROXY SERVER DIDALAM MICROEMULATOR

Wahai pengunjung blog sekalian, ketahuilah bahawasanya apa yang akan korang baca dibawah merupakan paparan yang mengandungi kandungan 18XL. Oleh itu, orang-orang cacat penglihatan, bayi-bayi dibawah 2 bulan, ibu-ibu mengandung 10 bulan dan pelajar-pelajar sekolah yang baru nak ambik PMR dan SPM dinasihatkan supaya tidak membaca post ini..demi masa depan korang. You've been warned!.



Pada post-post yang lepas, saya ada membuat tutorial tentang cara menggunakan operamini di pc dengan menggunakan software Microemulator. Maka ramailah yang berebut-rebut nak belajar tentang cara tersebut(ye ke?).

Monday, 3 September 2012

CARA HENTIKAN NOTIFICATION FACEBOOK KE GMAIL


Facebook adalah rangkaian sosial yang diasaskan pada Februari 2004 oleh  Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya. Sehingga kini, terdapat lebih 955 juta pengguna aktif diseluruh dunia dan kebanyakannya disebabkan peningkatan populariti smartphone.

Gmail adalah penyedia perkhidmatan mail elektronik(e-mail) yang diasaskan oleh Google. Ia dilancarkan pada tahun yang sama facebook dilancarkan iaitu 2004.

Sambal belacan pula adalah makanan pedas yang digemari rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur. Ia terdiri daripada cili, belacan, limau kasturi, garam dan kadang-kadang dimasukkan juga gula.

Tentu korang tertanya-tanya kenapa saya membuat senarai bodoh yang nampak takda kena-mengena dengan politik Malaysia ni. Dan kenapa pula sambal belacan perlu ditambah dengan gula dan garam padahal nanti hilang la pedasnya.