Selepas dua hari tak buat post baru, bila nak start menaip
balik dah jadi malas, ibarat kereta yang habis minyak di jalan berbukit di
kawasan pendalaman pada malam jumaat. Kena pulak kalau sengsorang je waktu tu,
mesti cuak kan.
Memang rasa berat je kereta tu sebab kena tolak sengsorang..hehe. Dah melalut
pulak posting ni jadinya. Bukan apa, cuma saya nak gambarkan betapa susahnya nk
menyambung balik menulis post baru terutamanya bagi pemalas yang baru lepas
bukak puasa macam saya ni.
Sebelum tu saya nak berterima kasih dulu kepada sesiapa yang
telah meninggalkan komen dan meng'like' (rosak lagi bahasa melayu) post-post
sebelum ni. Komen-komen korang sebenarnya banyak membantu dalam menentukan post
apa yang paling sesuai dan dicari-cari oleh pelawat seterusnya menentukan
halatuju blog ini. Ada
baiknya jugak kalau korang meng'share' post-post yang ada di sini untuk dikongsi
dengan member2 korang. Kalau korang nak copy paste sebijik pn saya tak kisah
tapi mestilah mintak kebenaran dulu dan dikreditkan ke blog ni.
Klau korang perasan, blog ni telah berubah 'wajah' daripada
muka Neelofa tanpa mekap kepada Megan Fox dengan mekap..hehehe. Saya sebenarnya
baru belajar buat blog, seminggu lepas langsung saya tak tau apa-apa pasal blog
ni, so masih banyak la kekurangnya( belajar sendiri je beb, kesian).
lawa la pulak..
jangan tengok lama2, batal pose nanti
Ok, rasanya dah cukup panas 'enjin' ni, bolehlah tulis post TRICK
SMS FREE dengan tenang hati. Psst..bulan posa setan dah kena ikat, yg tinggal
cuma orang je. Peace.